2.0 Konsep Tapak Pembelajaran
Menjelang
alaf baru sektor pendidikan di negara ini mengalami perubahan drastik dan
terpaksa akur dengan peralihan ekonomi semasa yang akan berteraskan kepada
penggunaan teknologi maklumat. Selaras dengan itu kerajaan begitu beriltizam
untuk memajukan sektor pendidikan di negara ini dengan menjadikan teknologi
maklumat sebagai teras utama perlaksanaannya.
Peranan
teknologi maklumat (IT) dalam sistem pendidikan semakin penting di Malaysia dan
merupakan satu komponen untuk berhadapan dengan cabaran penerokaan ilmu di alaf
ketiga nanti (Hassai Hassan 1997). Menyedari hal ini, kerajaan telah membuat
perubahan dalam bidang pendidikan dengan mewujudkan konsep sekolah bestari dan
telah mula beroperasi pada tahun 1999. Sekolah bestari yang merupakan salah
satu daripada tujuh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) telah
mengaplikasikan teknologi maklumat sepenuhnya dalam pengajaran dan
pembelajaran (Azamzairi 1997).
Internet
boleh digunakan sebagai pembelajaran berbantuan komputer dan merupakan aset
penting bagi pengajaran dan pembelajran di sekolah bestari dan universiti maya.
Ini adalah kerana internet menawarkan pelbagai laman Web pendidikan multimedia
dan interaktif yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.
Teknologi
cangih ini juga mampu menyediakan kemudahan kepada pelajar dan guru-guru untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti seperti pembangunan laman Web di setiap
sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa tapak-tapak Web boleh dijadikan
sebagai saluran yang berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan
di sekolah terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu ianya
juga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat
dari seluruh negara.
2.1 DEFINISI LAMAN WEB
Laman web adalah satu halaman yang
mengandungi maklumat yang dipaparkan oelh pelayar Web dalam Internet. Web
merupakan salah satu daripada ciri rangkaian internet dan ia adalah salah satu
kandungan yang aktif. Kandungan Web ini adalah bergantung kepada satu aplikasi
sahaja. Antara aplikasi yang terlibat ialah Pelayar ( Browsers ), Pelayan (
servers ), Penyunting ( editors ), Jara dan Pemalam ( pulging ). Ke lima-lima
aplikasi tersebut adalah adalah sebagai pelengkap kepada
piawai-piawai pembinaan laman Web yang telah dipersetujui oleh World Wide Web
Consortium.
2.2 LAMAN WEB DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan dengan penggunaan komputer
sebagai alat bantu mengajar atau komputer sebagai alat mengendalikan
pembelajaran. Pembelajaran berbantuan komputer ini lahir daripada
konsep pembelajaran terancang yang dikemukakan oleh B. F. Skinner pada tahun
1954. Usaha ini telah dilaksanakan di Universiti Florida State dan Universiti
Stanford ( Zainab 1991, Zoraini 1987 ). Namun begitu, penggunaan laman Web sebagai
suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantuan komputer masih baru
diperkenalkan dan sektor pendidikan di Malaysia.
Penggunaan
komputer dalam pendidikan di Malaysia boleh dilihat daripada dua sudut iaitu
pembelajaran tentang komputer dan pembelajaran menggunakan komputer. ( Tan 1994
).
Pembelajaran
dengan menggunakan komputer bermula dengan tertubuhnya kelab komputer Sekolah
Menengah La Salle Petaling Jaya dalam tahun
1981. ( Zoraini Wati Abas 1989 ) Dalam bulan
Oktober 1983, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamed mencadangkan agar sekolah Di
Malaysia menubuhkan Kelab Komputer supaya pelajar mengikuti perkembangan
teknologi semasa. Hasilnya menjelang tahun 1990 terdapat lebih 800 Kelab
Komputer sekolah wujud. ( Jamaleah 1992; Zoraini 1991 ).
Komputer
merupakan perkakasan utama sebagai perantaraan untuk menyusun dan menyimpan
maklumat. Ia bertanggungjawab sebagai alat bagi memanipulasi data tapak web.
Kita boleh menggunakan mana-mana system komputer bagi membina laman web bagi
tujuan pendidikan mahupun kepentingan lain.Pada tahun terawal kemunculan
Internet, pembangunan tapak-tapak Web banyak melibatkan penggunaan teks untuk
menyampaikan kandungnanya kepada pengguna. Bagaimanapun, keadaan kini sudah
berubah apabila teknologi Web terus berkenbang dan Mampu mengendalikan unsur
multimedia ( seperti grafik, bunyi dan video), intergrasi
pengkalan data, pengemaskinian kandungan laman secara dinamik, dan interaksi
kandungan Web dengan pengguna. ( Harun Khalid, 2000 ).
Seperti
yang kita lihat pada hari ini, pembangunan Web terus melibatkan penciptaan dan
pengelolaan kandungan dengan penggunaan teknik dan peralatan yang lebih canggih
untuk memperolehi hasil yang terbaik. Malah kemunculan aplikasi terbaru Web
mampu memperhebatkan lagi kandungan Web seperti transaksi dalam talian,
permainan interaktif, siaran audio-visual dan media elektronik wujud. Keadaan
ini bukan sahaja dapat membantu para guru mahupun pelajar malah segenap lapisan
masyarakat untuk mencari maklumat mahupun proses pembelajaran.
Tapak
Web pendidikan antara katogeri tapak Web yang paling berguna dan ramai
pengunjung dalam internet. Biasanya ia akan menyediakan pelbagai
bahan bercorak pendidikan dan pengetahuan yang sesuai untuk kanak-kanak, para
pelajar, pendidik dan ibu bapa. Beberapa contoh tapak Web yang
sesuai untuk dikunjungi ialah;
Family.com (
family.Disney.com )
Learn
2 (www.learn2.com )
Dengan
adanya laman-laman Web seumpama ini bukan saja dapat menyenangkan para pelajar
belajar, juga dapat memudahkan kerja guru dalam perlaksanan proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru-guru bukan saja boleh menggunakan laman Web yang sedia
ada malah mereka boleh menbina laman Web sendiri .Mungkin bagi seorang pereka
Web professional tidak menjadi masalah mereka satu laman Web dengan hanya
menggunakan sebuah komputer, pemperosesan perkataan, dan pengetahuannya dalam
kod HTML. Tidak pula menjadi masalah bagi mereka yang tidak mahir dengan
komputer untuk mencipta laman Web sendiri. Kebanyakan perisian atau
program-program diperlukan dapat dipindah terima sahaja dari internet. Tidak
perlu mempelajari kod-kod HTML untuk mendapatkan sebuah laman Web. Ini dapat
memudahkan para guru menyediakan satu sesi pengajaran pembelajaran yang
menggunakan laman Web.
No comments:
Post a Comment