Tuesday 2 October 2012

Konsep Laman sesawang


3.0 Konsep Laman Sesawang
Definisi: Laman sesawang bolehkan ditakrifkan sebagai satu pengantara maya untuk menjalinkan komunikasi sesama manusia secara global yang dikuasakan dengan teknologi internet dan multimedia. Pembangunan telekomunikasi tanya wayar seperti teknologi wifi dan jalur lebar serta teknologi telekomunikasi 3.5G turut memacu perkembangan dalam langganan dan penggunaan laman sesawang sosial. Perkembangan telefon mudah alih pintar (smart phone), “netbook” ataupun perkakas komputer mini (tablet), telah membuka dimensi baharu yang menawarkan lebih fleksibiliti kepada pengguna untuk mengekalkan perhubungan tanpa halangan masa ataupun tempat.  

Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, gambar, sesawang, video, dan blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya.
Sesawang sosial juga telah mengorganisasikan manusia kepada kumpulan-kumpulan berkepentingan tertentu dan menjalinkan hubungan yang lebih cekap antara pemimpin dengan rakyat di samping menzahirkan fasiliti e-kerajaan. Dalam aspek ekonomi, sesawang sosial telah memperkasa sektor e-dagang dengan membuka pintu perdagangan yang lebih luas khususnya dalam segi publisiti, pemasaran sesuatu produk.  Kemudahan ini turut merapatkan interaksi antara pengeluar dengan pengguna secara langsung lantas membolehkan pihak pengeluar menawarkan perkhidmatan yang lebih mesra pengguna.
Dalam aspek sosial, kekuatan laman sesawang adalah jauh lebih menyerlah. Kewujudan laman sesawang sosial dapat mengeratkan tali silatulrahim, mengemaskinikan kedudukan, mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti seseorang, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan.  
Data dan statistik: Wikipedia menjumlahkan laman sosial sebanyak 205. Jumlah pengguna mencecah 1 billion penduduk (15% jumlah penduduk dunia melanggani sekurang-kurangnya satu laman sosial maya). Laman sosial yang terbesar di dunia, facebook mempunyai langganan berjumlah 0.8 billion. Pendapatan Fb pada 2011 dianggarkan berjumlah US$4.2 billion, satu peningkatan sebanyak 114% daripada tahun terdahulu. Antara laman sosial maya yang popular ialah twitter, linked in, Myspace, dan Ning.   
Pendidikan berasaskan laman sesawang (web) semakin berkembang dengan meluas dan mendapat perhatian disebabkan keupayaan interaktifnya dan multimedia yang membolehkan penyimpanan dan perkongsian maklumat dengan cepat, mesra pengguna dan boleh diakses di mana jua. Pencapaian internet melalui laman sesawang memberi penekanan kepada capaian ilmu dan maklumat melalui jaringan laman sesawang yang tidak terbatas. Fenomena ini mewujudkan dan membentuk masyarakat yang gemar belajar dan terus belajar sepanjang hayat. Peluang pembelajaran ini melangkaui batasan waktu dan geografi serta lebih bersifat terbuka asalkan mempunyai keupayaan mengakses dan kemahiran menggunakan teknologi ICT.


4 comments:

  1. aku x nak kecam kau..........tapi idea kau sangat bodoh,bangsat....................like.like.like.....hate.hate.

    ReplyDelete
  2. kalau kau cari aq aku pukul kau......hahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhha

    ReplyDelete
  3. Manusia zaman sekarang x pndai nk appreciate org..tau commend tpi x nk usaha nk wat sendri

    ReplyDelete