Thursday, 4 October 2012
Tuesday, 2 October 2012
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa
Melayu
Tahun : 5 Cerdik
Tarikh/Masa :
7 Ogos 2012 / 8.40 – 9.40 pagi
Bilangan
Murid : 37 orang
Mata
Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Kesihatan Asas Kesejahteraan
Fokus
Utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
sebutan dan
dan intonasi yang betul dan memahami
perkara yang dibaca.
Aras : Aras 1 :
i
Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal
dan ayat majmuk dengan
sebutan yang betul.
ii Memahami perkataan, frasa da ayat.
Fokus
Sampingan : 8.1 Membina ayat dengan menggunakan penanda
wacana
yang betul.
Aras :
Aras 2
i Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami
dan didengar
dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
Objektif : Pada akhir pelajaran murid berupaya:
i Membaca perkataan, frasa dan ayat yang
mengandungi ayat
tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan
dan intonasi yang
betul.
ii Memilih dan mengenal pasti penanda wacana
dalam teks
bacaan.
Kemahiran
Bahasa : Bacaan
Tulisan
Sistem
Bahasa : Kosa kata
Penanda wacana
Pengisian
Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Kesihatan
Nilai Murni : Kasih sayang,
bertanggungjawab
Peraturan Sosiobudaya : Kesantunan bahasa
Kemahiran
Bernilai Tambah : Kecerdasan pelbagai, Kemahiran Belajar cara
Belajar, Kemahiran Berfikir, Kontekstual.
Bahan
Bantu Mengajar : Petikan,
kad penanda wacana,lembaran
kerja, jadual zat makanan dan jenis
sukan, senikata lagu, slaid.
Pengetahuan
Sedia ada : Murid mengetahui mengenai cara penjagaan
kesihatan yang betul.
Langkah/Masa
|
Isi
Kandungan
|
Aktiviti
Pengajaran dan pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Guru
meminta murid meneka gambar yang dipamerkan.
Contoh
soalan
a.Gambar
apakah ini?
b.
Siapakah selalu bermain di sini?
c.
Apakah aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut?
d.
Bilakah selalunya kita melakukan aktiviti ini?
|
a.
Guru mempamerkan gambar taman permainan dan gambar murid-murid sedang
bersenam.
b.
Guru bersoal jawab mengenai kebaikan aktiviti
tersebut.
|
Kontekstual:
Menghubung
kait isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid.
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Petikan
teks “Kesihatan Asas Kesejahteraan”
|
a.Guru
meminta murid membaca teks yang diberi secara kuat.
b.Murid
lain dikehendaki mendengar dan memahami isi petikan tersebut.
|
Kad petikan
KBCB:
-Mendengar dengan cekap
-Bacaan mekanis.
|
Langkah 2
(20 minit)
|
Petikan
teks “Kesihatan Asas Kesejahteraan”
Mencari
isi penting
|
a.Guru
membahagikan murid kepada enam kumpulan.
b.
Guru mengedarkan tugasan .
c.
Murid mencari dan menyenaraikan penanda wacana yang terdapat dalam teks.
d.
Murid membentangkan hasil tugasan
mereka.
|
KBCB
-Menyusun mengikut urutan
-Memberi ulasan
TKP
-Interpersonal
-Intrapersonal
Penilaian formatif
-Penilaian secara pemerhatian
Sistem Bahasa
-Kosa kata
-Sinonim
|
Langkah 3
(10 minit)
|
Latihan membina ayat menggunakan penanda
wacana.
|
a.Guru
memberi penerangan beserta contoh tentang cara membina ayat dengan betul dan
kemas.
b.Guru
meminta murid menggariskan penanda wacana dalam petikan.
c.Secara
individu murid diminta memilih lima penanda wacana dan membina ayat.
d.Guru
dan murid berbincang jawapan bagi latihan membina ayat yang dibina.
|
KBT
Kemahiran
belajar
Nilai
Bertanggungjawab
Ilmu
Bahasa
Malaysia
Media
Lembaran
kerja
|
Langkah 4
(10 minit)
|
Pengelasan Makanan
-Karbohidrat
-Protein
-Vitamin
-Garam galian
-Lemak
|
a.
Murid mengisi jadual tentang kelas makanan dan contoh sukan mengikut
jenisnya.
b.Guru
berbincang dengan murid mengenai hasil tugasan.
|
Lembaran
kerja
Penilaian
Formatif
-Penilaian
formatif dijalankan secara
pemerhatian.
|
Penutup
(5 minit)
|
Nyanyian
lagu “Rasa sayang”
|
a.Guru
mempamerkan senikata lagu “Rasa sayang”
c.Murid
menyanyi lagu “Rasa sayang – Sukan dan Kesihatan” sambil bertepuk tangan dan
memainkan alat muzik marakas.
|
Slaid
-Lirik
lagu
-alat
muzik
TKP:
Kinestetik
Muzik
|
Refleksi :
Kekuatan :
Kelemahan :
Cadangan
mengatasi kelemahan :
Ulasan
Guru Pembimbing :
Ulasan
Pensyarah Penyelia :
Konsep Laman sesawang
3.0 Konsep Laman Sesawang
Definisi: Laman
sesawang bolehkan ditakrifkan sebagai satu pengantara maya untuk menjalinkan
komunikasi sesama manusia secara global yang dikuasakan dengan teknologi
internet dan multimedia. Pembangunan telekomunikasi tanya wayar seperti
teknologi wifi dan jalur lebar serta teknologi telekomunikasi 3.5G turut memacu
perkembangan dalam langganan dan penggunaan laman sesawang sosial. Perkembangan
telefon mudah alih pintar (smart phone), “netbook” ataupun perkakas komputer
mini (tablet), telah membuka dimensi baharu yang menawarkan lebih fleksibiliti
kepada pengguna untuk mengekalkan perhubungan tanpa halangan masa ataupun
tempat.
Kebanyakan
perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai
cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar
pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, gambar, sesawang,
video, dan blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya.
Sesawang
sosial juga telah mengorganisasikan manusia kepada kumpulan-kumpulan
berkepentingan tertentu dan menjalinkan hubungan yang lebih cekap antara
pemimpin dengan rakyat di samping menzahirkan fasiliti e-kerajaan. Dalam aspek
ekonomi, sesawang sosial telah memperkasa sektor e-dagang dengan membuka pintu
perdagangan yang lebih luas khususnya dalam segi publisiti, pemasaran sesuatu
produk. Kemudahan ini turut merapatkan interaksi antara pengeluar dengan
pengguna secara langsung lantas membolehkan pihak pengeluar menawarkan
perkhidmatan yang lebih mesra pengguna.
Dalam
aspek sosial, kekuatan laman sesawang adalah jauh lebih menyerlah. Kewujudan
laman sesawang sosial dapat mengeratkan tali silatulrahim, mengemaskinikan
kedudukan, mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti
seseorang, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat
menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi
kebaikan.
Data
dan statistik: Wikipedia menjumlahkan laman sosial sebanyak 205. Jumlah
pengguna mencecah 1 billion penduduk (15% jumlah penduduk dunia melanggani
sekurang-kurangnya satu laman sosial maya). Laman sosial yang terbesar di
dunia, facebook mempunyai langganan berjumlah 0.8 billion. Pendapatan Fb pada 2011
dianggarkan berjumlah US$4.2 billion, satu peningkatan sebanyak 114% daripada
tahun terdahulu. Antara laman sosial maya yang popular ialah twitter, linked
in, Myspace, dan Ning.
Pendidikan
berasaskan laman sesawang (web) semakin berkembang dengan meluas dan mendapat
perhatian disebabkan keupayaan interaktifnya dan multimedia yang membolehkan
penyimpanan dan perkongsian maklumat dengan cepat, mesra pengguna dan boleh
diakses di mana jua. Pencapaian internet melalui laman sesawang memberi
penekanan kepada capaian ilmu dan maklumat melalui jaringan laman sesawang yang
tidak terbatas. Fenomena ini mewujudkan dan membentuk masyarakat yang gemar
belajar dan terus belajar sepanjang hayat. Peluang pembelajaran ini melangkaui
batasan waktu dan geografi serta lebih bersifat terbuka asalkan mempunyai
keupayaan mengakses dan kemahiran menggunakan teknologi ICT.
Konsep Tapak Pembelajaran
2.0 Konsep Tapak Pembelajaran
Menjelang
alaf baru sektor pendidikan di negara ini mengalami perubahan drastik dan
terpaksa akur dengan peralihan ekonomi semasa yang akan berteraskan kepada
penggunaan teknologi maklumat. Selaras dengan itu kerajaan begitu beriltizam
untuk memajukan sektor pendidikan di negara ini dengan menjadikan teknologi
maklumat sebagai teras utama perlaksanaannya.
Peranan
teknologi maklumat (IT) dalam sistem pendidikan semakin penting di Malaysia dan
merupakan satu komponen untuk berhadapan dengan cabaran penerokaan ilmu di alaf
ketiga nanti (Hassai Hassan 1997). Menyedari hal ini, kerajaan telah membuat
perubahan dalam bidang pendidikan dengan mewujudkan konsep sekolah bestari dan
telah mula beroperasi pada tahun 1999. Sekolah bestari yang merupakan salah
satu daripada tujuh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) telah
mengaplikasikan teknologi maklumat sepenuhnya dalam pengajaran dan
pembelajaran (Azamzairi 1997).
Internet
boleh digunakan sebagai pembelajaran berbantuan komputer dan merupakan aset
penting bagi pengajaran dan pembelajran di sekolah bestari dan universiti maya.
Ini adalah kerana internet menawarkan pelbagai laman Web pendidikan multimedia
dan interaktif yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.
Teknologi
cangih ini juga mampu menyediakan kemudahan kepada pelajar dan guru-guru untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti seperti pembangunan laman Web di setiap
sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa tapak-tapak Web boleh dijadikan
sebagai saluran yang berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan
di sekolah terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu ianya
juga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat
dari seluruh negara.
2.1 DEFINISI LAMAN WEB
Laman web adalah satu halaman yang
mengandungi maklumat yang dipaparkan oelh pelayar Web dalam Internet. Web
merupakan salah satu daripada ciri rangkaian internet dan ia adalah salah satu
kandungan yang aktif. Kandungan Web ini adalah bergantung kepada satu aplikasi
sahaja. Antara aplikasi yang terlibat ialah Pelayar ( Browsers ), Pelayan (
servers ), Penyunting ( editors ), Jara dan Pemalam ( pulging ). Ke lima-lima
aplikasi tersebut adalah adalah sebagai pelengkap kepada
piawai-piawai pembinaan laman Web yang telah dipersetujui oleh World Wide Web
Consortium.
2.2 LAMAN WEB DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan dengan penggunaan komputer
sebagai alat bantu mengajar atau komputer sebagai alat mengendalikan
pembelajaran. Pembelajaran berbantuan komputer ini lahir daripada
konsep pembelajaran terancang yang dikemukakan oleh B. F. Skinner pada tahun
1954. Usaha ini telah dilaksanakan di Universiti Florida State dan Universiti
Stanford ( Zainab 1991, Zoraini 1987 ). Namun begitu, penggunaan laman Web sebagai
suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantuan komputer masih baru
diperkenalkan dan sektor pendidikan di Malaysia.
Penggunaan
komputer dalam pendidikan di Malaysia boleh dilihat daripada dua sudut iaitu
pembelajaran tentang komputer dan pembelajaran menggunakan komputer. ( Tan 1994
).
Pembelajaran
dengan menggunakan komputer bermula dengan tertubuhnya kelab komputer Sekolah
Menengah La Salle Petaling Jaya dalam tahun
1981. ( Zoraini Wati Abas 1989 ) Dalam bulan
Oktober 1983, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamed mencadangkan agar sekolah Di
Malaysia menubuhkan Kelab Komputer supaya pelajar mengikuti perkembangan
teknologi semasa. Hasilnya menjelang tahun 1990 terdapat lebih 800 Kelab
Komputer sekolah wujud. ( Jamaleah 1992; Zoraini 1991 ).
Komputer
merupakan perkakasan utama sebagai perantaraan untuk menyusun dan menyimpan
maklumat. Ia bertanggungjawab sebagai alat bagi memanipulasi data tapak web.
Kita boleh menggunakan mana-mana system komputer bagi membina laman web bagi
tujuan pendidikan mahupun kepentingan lain.Pada tahun terawal kemunculan
Internet, pembangunan tapak-tapak Web banyak melibatkan penggunaan teks untuk
menyampaikan kandungnanya kepada pengguna. Bagaimanapun, keadaan kini sudah
berubah apabila teknologi Web terus berkenbang dan Mampu mengendalikan unsur
multimedia ( seperti grafik, bunyi dan video), intergrasi
pengkalan data, pengemaskinian kandungan laman secara dinamik, dan interaksi
kandungan Web dengan pengguna. ( Harun Khalid, 2000 ).
Seperti
yang kita lihat pada hari ini, pembangunan Web terus melibatkan penciptaan dan
pengelolaan kandungan dengan penggunaan teknik dan peralatan yang lebih canggih
untuk memperolehi hasil yang terbaik. Malah kemunculan aplikasi terbaru Web
mampu memperhebatkan lagi kandungan Web seperti transaksi dalam talian,
permainan interaktif, siaran audio-visual dan media elektronik wujud. Keadaan
ini bukan sahaja dapat membantu para guru mahupun pelajar malah segenap lapisan
masyarakat untuk mencari maklumat mahupun proses pembelajaran.
Tapak
Web pendidikan antara katogeri tapak Web yang paling berguna dan ramai
pengunjung dalam internet. Biasanya ia akan menyediakan pelbagai
bahan bercorak pendidikan dan pengetahuan yang sesuai untuk kanak-kanak, para
pelajar, pendidik dan ibu bapa. Beberapa contoh tapak Web yang
sesuai untuk dikunjungi ialah;
Family.com (
family.Disney.com )
Learn
2 (www.learn2.com )
Dengan
adanya laman-laman Web seumpama ini bukan saja dapat menyenangkan para pelajar
belajar, juga dapat memudahkan kerja guru dalam perlaksanan proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru-guru bukan saja boleh menggunakan laman Web yang sedia
ada malah mereka boleh menbina laman Web sendiri .Mungkin bagi seorang pereka
Web professional tidak menjadi masalah mereka satu laman Web dengan hanya
menggunakan sebuah komputer, pemperosesan perkataan, dan pengetahuannya dalam
kod HTML. Tidak pula menjadi masalah bagi mereka yang tidak mahir dengan
komputer untuk mencipta laman Web sendiri. Kebanyakan perisian atau
program-program diperlukan dapat dipindah terima sahaja dari internet. Tidak
perlu mempelajari kod-kod HTML untuk mendapatkan sebuah laman Web. Ini dapat
memudahkan para guru menyediakan satu sesi pengajaran pembelajaran yang
menggunakan laman Web.
Konsep RPH
1.0 Konsep Asas Rancangan Pelajaran
Harian
Rancangan
Pengajaran Harian merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang
mengandungi elemen-elemen berikut :
Perancangan dan Persediaan Mengajar
1. Pengertian
konsep pengajaran
Pengajaran
ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar.
Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relative kekal dalam
tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan
suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap
anak didik.
2. Keperluan
perancangan dan pembelajaran
Perancangan
perlu dilakukan untuk :
·
Memenuhi masa yang diperuntukkan
·
Menepati kehendak objektif / matlamat
·
Berkesan sepanjang waktu pengajaran
·
Menarik perhatian dan tidak membosankan
3. Objektif
pengajaran
Objektif
boleh dalam bentuk
i)
Objektif implisit
Melibatkan perubahan tingkah
laku yang ketara seperti :
* Memahami
*
Mengetahui
*
Menghargai sesuatu yang telah diajar
ii)
Objektif eksplisit
Melibatkan perubahan tingkah
laku yang boleh dilihat seperti :
·
Menyenaraikan
·
Menjelaskan
·
Member contoh
·
Menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang
telah diajarkan
Subscribe to:
Posts (Atom)