Rancangan Pengajaran Harian
Bahasa Melayu
Tahun : 5 Cerdik
Tarikh/Masa :
7 Ogos 2012 / 8.40 – 9.40 pagi
Bilangan
Murid : 37 orang
Mata
Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Kesihatan Asas Kesejahteraan
Fokus
Utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
sebutan dan
dan intonasi yang betul dan memahami
perkara yang dibaca.
Aras : Aras 1 :
i
Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal
dan ayat majmuk dengan
sebutan yang betul.
ii Memahami perkataan, frasa da ayat.
Fokus
Sampingan : 8.5 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan
kehidupan
seharian dengan menggunakan kata,
ungkapan, ayat,
sebutan, intonasi dan nada yang
sesuai.
Aras : i
Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar
dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
Objektif : Pada akhir pelajaran murid berupaya:
i Membaca perkataan, frasa dan ayat yang
mengandungi ayat
tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan
dan intonasi yang
betul.
ii Memilih dan mengenal pasti penanda wacana
dan kata
hubung.
Kemahiran
Bahasa : Bacaan
Tulisan
Sistem
Bahasa : Kosa kata
Penanda wacana
Pengisian
Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Kesihatan
Nilai Murni : Kasih sayang,
bertanggungjawab
Peraturan Sosiobudaya: Kesantunan bahasa
Kemahiran
Bernilai Tambah : Kecerdasan pelbagai, Kemahiran Belajar cara
Belajar, Kemahiran Berfikir, Kontekstual.
Bahan
Bantu Mengajar : Petikan,
kad penanda wacana
lembaran kerja, jadual zat makanan dan jenis sukan, cd lagu, slaid.
Pengetahuan
Sedia ada : Murid mengetahui mengenai cara penjagaan
Kesihatan yang betul.
Langkah/Masa
|
Isi
Kandungan
|
Aktiviti
Pengajaran dan pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Membuat regangan badan.
Contoh soalan
a.Siapa boleh sebutkan apa yang kita sedang buat sekarang?
b. Mengapakah kita melakukan aktiviti ini?
|
a. Guru meminta murid melakukan aktiviti regangan badan
bersama-sama.
b. Guru bersoal jawab mengenai kebaikan aktiviti tersebut.
|
Kontekstual:
Menghubung kait isi pelajaran dengan pengalaman sedia
ada murid.
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Petikan teks “Kesihatan Asas Kesejahteraan”
|
a.Guru meminta murid membaca teks yang diberi secara
kuat.
b.Murid lain dikehendaki mendengar dan memahami isi
petikan tersebut.
|
Kad petikan
KBCB:
-Mendengar dengan cekap
-Bacaan mekanis.
|
Langkah 2
(20 minit)
|
Petikan teks “Kesihatan
Asas Kesejahteraan”
Mencari isi penting
|
a.Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan.
b. Guru mengedarkan tugasan .
c. Murid mencari dan menyenaraikan penanda wacana yang
terdapat dalam teks.
d. Murid membentangkan hasil tugasan mereka.
|
KBCB
-Menyusun mengikut urutan
-Memberi ulasan
TKP
-Interpersonal
-Intrapersonal
Penilaian formatif
-Penilaian secara
pemerhatian
Sistem Bahasa
-Kosa kata
-Sinonim
|
Langkah 3
(10 minit)
|
Latihan membina ayat
menggunakan penanda wacana.
|
a.Guru memberi penerangan beserta contoh tentang cara
membina ayat dengan betul dan kemas.
b.Guru meminta murid menggariskan penanda wacana dalam
petikan.
c.Secara individu murid diminta memilih lima penanda
wacana dan membina ayat daripadanya.
d.Guru dan murid berbincang jawapan bagi latihan
membina ayat yang dibina.
|
KBT
Kemahiran belajar
Nilai
Bertanggungjawab
Ilmu
Bahasa Malaysia
Media
Lembaran kerja
|
Langkah 4
(10 minit)
|
Pengelasan Makanan
-Karbohidrat
-Protein
-Vitamin
-Garam galian
-Lemak
|
a. Murid mengisi jadual tentang kelas makanan dan
contoh sukan mengikut jenisnya.
b.Guru berbincang dengan murid mengenai hasil tugasan.
|
Lembaran kerja
Penilaian Formatif
-Penilaian formatif dijalankan secara pemerhatian.
|
Penutup
(5 minit)
|
Nyanyian “Dikir Barat”
|
a.Guru mempamerkan senikata lagu “Ewau Bulan”
c.Murid menyanyi lagu “Dikir Barat – Ewau Bulan”
|
Slaid
-Lirik lagu (kaset)
TKP:
Kinestetik
Muzik
|
Refleksi :
Kekuatan :
Kelemahan :
Cadangan
mengatasi kelemahan :
Ulasan
Guru Pembimbing :
Ulasan
Pensyarah Penyelia :
Kesihatan
Asas Kesejahteraan
Tahukah kamu bahawa kesihatan itu
asas kesejahteraan hidup? Sudah tentu! Sehubungan dengan itu,kita perlu menjaga
kesihatan diri.
Kesihatan
diri amatlah penting. Sekiranya kita menjaga kesihatan diri, kita akan dapat
menghindarkan diri daripada serangan penyakit. Malah, tubuh kita akan cergas
dan minda kita menjadi cerdas.
Tubuh kita memerlukan zat makanan
yang utama seperti karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan garam galian. Oleh
yang demikian, kita perlu mengamalkan cara pemakanan yang seimbang. Apatah lagi
makanan yang seimbang dapat memperkukuhkan system pertahanan diri kita daripada
serangan penyakit.
Selain itu, kesihatan diri juga
dapat dijaga melalui pelbagai aktiviti riadah. Aktiviti riadah sememangnya agak
sukar dilakukan oleh sesetengah orang. Hal ini demikian kerana mereka selalu
menjadikan kesibukan sebagai alasan. Akibatnya, tubuh badan mereka menjadi
lemah dan selalu sakit.
Oleh sebab itu, jadikanlah amalan
pemakanan seimbang dan beridah sebagai budaya hidup kita. Sesungguhnya,
aktiviti sedemikian pasti akan menjadikan kita sihat dan sejahtera sepanjang
masa.
No comments:
Post a Comment