Sunday, 16 September 2012


minggu 13

MINGGU 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Definisi Animasi

Kamus Pelajar Edisi Kedua
Proses menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup dgn memaparkan satu siri gambar secara pantas dgn bantuan komputer.

Kamus Dewan Edisi Keempat

Perbuatan (proses, hasil drpd) menjadikan sesuatu kelihatan hidup. Selain itu merupakan seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yg kelihatan hidup. Istilah lain pula menganimasikan menjadikan sesuatu gam¬bar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup


JENIS-JENIS ANIMASI

Animasi/ Grafik

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh  dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

Animasi Cel

Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka frame
Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik

Animasi Komputer

Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect

Morphing

Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain
Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak.

Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet Cara untuk memuat turun animasi

Cara untuk mendownload animasi flash dengan mudah dari sebuah website adalah menggunakan sebuah software yang bernama Save Flahs. Dapat didownlaoad di http://www.saveflash.com untuk versi trial atau demo. Versi full yang sudah di crack pula boleh didapati di http://rapidlibrary.com/ kemudian masukkan kata kunci "save flash full".
Setelah di install, Software ini akan menempel pada Internet explorer. Setiap kali membuka sebuah web site yang mengandung flash maka akan muncul tanda disket yang jika di klik akan menyimpan animasi flash ke dalam hard disk.


Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint.

Power Points

Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.

Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi.
Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:

(i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
(ii) Transition dan Animation
(i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :
Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.



Melaksanakan penggunaan Animasi Perkataan dan Objek PowerPoint







Minggu 12


MINGGU 12 : Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Pengenalan

Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawab untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.



Jenis-jenis Alat pengarangan





Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google dosc ini boleh didapati dengan melayari :

docs.google.com/

Karangan yang telah dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa.
Google docs merangkumi:




Aplikasi
Guru memberi satu tajuk karangan dan mengarahkann murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui. Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan. Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian




Adobe Flash Player




Perisian yang memaparkan animasi dan filem dengan menggunakan atur cara komputer seperti pelayar web. Flash Player ialah pemain multimedia dan aplikasi ciptaan Macromedia, kini dibangunkan dan diedarkan oleh Adobe setelah membeli Macromedia. Flash Player menjalankan fail-fail SWF yang boleh direka dengan menggunakan alat pengarangan Adobe Flash rekaan Adobe Flex, atau mana-mana alat Macromedia yang lain dan pihak ketiga.


Nama Adobe Flash, atau sekadar Flash, merujuk kepada program pengarangan multimedia tersebut ataupun Adobe Flash Player edaran Adobe yang menggunakan grafik vektor dan raster, bahasa peenskripan tersendiri iaitu ActionScript dan penstriman video dan audio dwiarah. Sebenarnya, Adobe Flash hanya memaksudkan sekitaran pengarangan manakala Flash Player ialah mesin maya yang digunakan untuk menjalankan fail Flash, namun erti-erti tersebut sering dicampuradukkan dalam bahasa percakapan. Oleh itu, nama "Flash" boleh memaksudkan sekitaran pengarangannya, pemainnya atau fail-fail aplikasinya.


Flash Player menyokong bahasa penskripan tersirat bernama ActionScript (AS) yang berasaskan ECMAScript. Semenjak diperkenalkan sebagai sintaks skrip tanpa pemboleh ubah, ActionScript telah berkembang maju untuk menyokong kod berorientasi objek, hinggakan keupayaannya boleh dibandingkan dengan JavaScript (satu lagi bahasa penskripan berasaskan ECMAScript).


Pada awalnya, Flash Player direka untuk memaparkan animasi vektor dua dimensi yang ringkas, tetapi kini sesuai untuk mereka aplikasi Internet kaya dan menstrimkan video dan audio. Flash Player menggunakan grafik vektor untuk meminimumkan saiz fail serta menghasilkan fail yang menjimatkan lebar jalur dan masa pemuatan. Flash ialah format yang sering digunakan untuk permainan, animasi, dan GUI yang dibenamkan dalam laman web.


COMIL
Bagi sekolah-sekolah di Malaysia alat pengarangan yang dicadangkan digunakan adalah alat pengarangan yang dibangunkan oleh MIMOS Bhd iaitu ComIL. Untuk mempelajari alat pengarangan ini, pihak MIMOS telah menyediakan tutorial ComIL yang boleh didapati di www.comil.com.my . Comil merupakan satu inovasi daripada MIMOS Berhad yang dibangunkan oleh pakar tempatan (MIMOS, tanpa tarikh). Ini bermakna ComIL merupakan pilihan terbaik untuk senario tempatan.
Comil Intan ialah sebuah alat pengarangan multimedia yang pertama menggunakan antara muka Bahasa Melayu (MIMOS, tanpa tarikh). Ia adalah versi terbaru selepas Comil Zamrud. Menurut mereka, alat pengarangan ini amat menarik kerana ia boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. ComIL boleh difahami dan digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah sehinggalah orang-orang dewasa. Ia juga mampu memenuhi keperluan pembangun multimedia profesional.
Alat pengarangan ComIL ini menawarkan pelbagai kemudahan kepada penggunanya untuk membina satu perisian multimedia yang interaktif. Melalui alat ini, guru-guru dan pelajar-pelajar boleh mencipta pelbagai bahan pengajaran dan persembahan multimedia dengan menggabungkan teks, grafik, video, animasi dan kesan bunyi yang menarik.
Konsep belajar dari komputer dilaksanakan sekarang apabila menggunakan perisian ComIL ini untuk membina kemahiran-kemahiran tertentu. Di sini pelajar akan belajar menggunakan Comil dari laman web ComIL (guru) yang telah menyediakan satu modul yang lengkap untuk memperkenalkan ComIL. Selain dari menggunakan tutorial dari laman web tersebut, guru-guru boleh menggunakan buku panduan yang dibekalkan oleh pihak MIMOS apabila perisian ComIL dibeli dari mereka sebagai bahan bantu mengajar.

Kekuatan Alat Pengarangan COMIL
·    Penggunaan Bahasa Melayu yang mudah memberikan kefahaman yang jelas kepada pelajar untuk memahami arahan-arahan yang diberi.
·   Suasana pembelajaran yang bermakna dan relevan dengan senario tempatan dapat dihasilkan.
·  Pendekatan penerangan yang digunakan memudahkan pelajar mengikuti proses memahami sistem ComIL.
·  Kemas dari segi susunan nombor yang teratur, serta peraturan arahan yang berkesinambungan dari satu fungsi ke fungsi yang lain
·         Mempunyai bahagian pengenalan yang menerangkan definasi perisian kursus

CARA-CARA MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM MENCAPAI KEMAHIRAN BAHASA (*dengan menggunakan Power Point)]







Minggu 11

Minggu 11: Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video

Pengenalan :Telesidang Video

Telesidang adalah sistem penyampaian elektronik yang melibatkan komunikasi dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling.

Menurut J.Maki (2001) penggunaan telesidang video ini menyelesaikan banyak masalah pembelajaran di kalangan pelajar menerusi guru-guru ICT. Walau bagaimanapun, pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini. Berdasarkan kajian, di dapati telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi seperti yang berlaku di Findland(J.Maki, 2001) dan Singapura (Hu. Chun, 2001).





Sidang Video

·         Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.

·         Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.

·         Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.

·         Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling

·         Pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.

·         Telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi


Jenis sidang video


i.              Banyak ke banyak
ii.            Satu ke banyak
iii.           Satu ke satu





Perisian Sidang Video






Contoh Telesidang




kebaikan dan kelemahan mengunakan Telesidang





d) Konferensi Secara Atas Talian





 Konferensi Secara Atas Talian

Menurut kamus dewan bahasa keempat, koferensi bermaksud pertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu juga ia merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, ter­utamanya di kalangan pihak-pihak yang mem­punyai minat dan kepentingan bersama. Koferensi selalunya berlaku di atas talian iaitu menggunakan internet.



Transmisi sidang video

Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu:

(i) Cekup (capture)

-  Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio
-  Kamera menukar video ke dala format digital dan dihantar kepada perisian siding video yang kemudiannya dimampatkan.


(ii) Mampat
-  Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.

-  Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem


(iii) Siar
-   Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui

talian telefon yang biasa.

-  Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai

sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.



PENGGUNAAN PERISIAN SKYPE




















Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan  menulis

















Minggu 10

Tajuk.10
MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU







Nota individu

1. Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
2. Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
3. Membina bahan video dan audio
4. Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.

Pengenalan
Memasukkan unsur video di dalam sesebuah persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat. Pelbagai teknik, kaedah serta teknologi boleh digunakan. Antaranya ialah seperti yang berikut:

i. Secara terus dengan menggunakan video digital
ii. Tetingkap video digunakan untuk menayangkan video dari cakera laser atau pemain pita video.
iii. Tetingkap video menayangkan siaran TV secara terus dengan bantuan kad pendigital video yang sesuai.

1. Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa

Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan
(i) Penentuan peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran bahasa
(i) Penentuan peringkat pengajaran

Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.

(i) Kemahiran Berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantĂș mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.



2. Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio

Audio :

Kita perlu membuat penilaian/keputusan yang tepat tentang bahan audiovisual yang boleh dan tidak boleh dipilih untuk dikumpul atau disimpan. Asas pemilihan bahan audio visual perlulah memenuhi kriteria berikut:
i. Kandungan maklumat
• Bahan atau maklumat yang berkualiti yang ingin disampaikan

ii. Carrier/kandungan
• mengasingkan carrier, iaitu bahan fizikal (fizikal filem, cakera atau pita) dari karya (work), kandungan (content) atau rakaman (bunyi dan/atau imej yang dimasukkan secara bersama di dalamnya) bagi memastikan kelangsungan hayat kandungannya dan kehilangan maklumat yang paling minimum.

iii. Nilai estetika kandungannya
• Harus ada nilai estetikanya untuk nilai audiovisual dan boleh menarik minat pengguna

iv. Kualiti
• Kualiti imej dan/atau bunyi perlulah dijaga sebaik mungkin.

v. Kelangsungan hayat
• Bahan yang dibina mampu bertahan lama da n mudah dipelihara agar dapat diakses dalam jangka masa panjang.

vi. Pendokumentasian
• Pendokumentasian secara terperinci perlu dilakukan terhadap proses perolehan, penyimpanan, pemeliharaan dan pengaksesan bahan audiovisual.






Video :

Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

I.Penggunaan Elemen Teks
II.Penggunaan Elemen Grafik Dan Visual
III.Penggunaan Elemen Audio
IV.Penggunaan Elemen Video
V.Penggunaan Elemen Animasi


Penggunaan elemen teks

Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.

• Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
• Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
• Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
• Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
• Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.




Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.

i. Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran.
ii. Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama.
iii. Pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas.
iv. Pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi.
v. Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem  
berkeupayaan rendah.
vi. Hanya maklumat penting yang diisi di dalam grafik ini.


3. Membina bahan video dan audio

Analog
Video analog bukannya seuatu bentuk data yang dikenli oleh komputer – ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu turutan kerangka yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap iaiut kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bermagnet)

Digital
Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin di mampatkan

Audio
Audio merupakan bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.


4. Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca

Perisian Audio:

• Untuk rakaman suara mahupun penghasilan elemen audio seperti muzik, kesan khas dan lain-lain.
• Rakaman audio yang asas - perisian Sound Recorder (sedia ada dalam Microsoft Windows)
• Menyediakan kemudahan - merakam audio dan beberapa kesan khas juga boleh ditambahkan kepadanya.


Minggu 9
MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN MENJADI BROSUR, NEWS LETTER, DAN KAD PENGUMUMAN


Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.


Prosedur pengeditan
Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.



Apa itu mengedit bahan atas talian?
¨  Mengedit  bahan atas talian bermaksud kita menggunakan perisian yang terdapat dalam internet
¨  Terdapat pelbagai perisian dalam internet. Antaranya ialah :
¡   zoho https://docs.zoho.com/jsp/index.jsp
¡  Google docs https://docs.google.com/#home
¡  280 slideshow http://280slides.com/editor/
¡  Brocchure maker http://www.mybrochuremaker.com/projects/edit/76898/1


Prosedur Pengeditan




CARA 1

Langkah 1
Buka enjin pencari yang digemari dan taip www.mybrochuremaker.com pada kotak pencari



Langkah 2
Apabila tatapan sebegini keluar, klik butang "Start"




Langkah 3
Klik pada langgangan secara percuma



Langkah 4
Seterusnya klik pada new, dan isi nama projek




Langkah 5
Pilih jenis brosur yang diinginkan kemudian klib pada butang "make"





Langkah 6
Pilih jenis templet yang diinginkan. Seterusnya, boleh menghiaskan mengikut kreativiti masing-masing





CARA 2






Langkah 1 dan 2






Langkah 3






Langkah 4





Langkah 5





Langkah 6





Langkah 7





Langkah 8





Langkah 9 ( Langkah akhir)



Tuesday, 11 September 2012

3105 : Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer


PENGENALAN

    Corak pendidikan masa kini semestinya sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Konsep-konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada penggunaan teknologi semakin mendapat perhatian institusi-institusi pendidikan di Malaysia terutamanya selepas tahun 1993 apabila Kementerian Pendidikan dan MIMOS bekerjasama memperkenalkan satu perisian yang dinamakan ComIL.

     Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dikalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer atau PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek.. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.

    Kesimpulannya, PPBK ialah perisian yang bercirikan pendidikan yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalas darinya. Apabila cara pendidikan yang konvensional diganti dengan cara yang lebih moden, seperti PPBK ini, semestinya ia haruslah dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan produktif.

PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BANTUAN KOMPUTER

      PPBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian PPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yang dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran.

         Antaranya ciri-ciri perisian yang baik adalah seperti mesra-pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum-balas kepada pengguna, kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar-benar tercapai, tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan.

              Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilah tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaik-baiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya. Butang-butang navigasi yang digunakan melancarkan rekabentuk antaramuka perisian

HASIL PEMBELAJARAN
Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara atas talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
Membina tapak pembelajaran yang mudah.
Mengedit bahan pengajaran secara atas talian.
Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.


SINOPSIS KURSUS
Kursus ini menjelaskan penggunaan enjin pencari bahan Bahasa Melayu, aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet, pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran, pembinaan dan penggunaan tapak dan laman web, pengaplikasian struktur perpautan, pengaplikasian model pemprosesan maklumat, pengajaran bahasa secara atas talian, pengajaran dan pembelajaran secara bilik maya dan sidang video, pengarangan alat pengarangan, mereka cipta animasi, bengkel penggunaan cakera padat, dan seminar dan pameran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran Bahasa Melayu.