Tuesday 2 October 2012


Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Tahun                         :   5 Cerdik
Tarikh/Masa              :   7 Ogos 2012 / 8.40 – 9.40 pagi
Bilangan Murid         :   37 orang
Mata Pelajaran         :   Bahasa Melayu
Tajuk                          :   Kesihatan Asas Kesejahteraan
Fokus Utama            :   5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
                                        dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras                            :   Aras 1 :
                                        i   Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal
                                          dan ayat majmuk dengan sebutan yang betul.
                                        ii Memahami perkataan, frasa da ayat.
Fokus Sampingan   :  8.1 Membina ayat dengan menggunakan penanda wacana
                                             yang betul.
Aras                            : Aras 2
 i  Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar
                                          dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
Objektif                       :   Pada akhir pelajaran murid berupaya:
                                        i Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat
                                          tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang
                                          betul.
                                       ii Memilih dan mengenal pasti penanda wacana dalam teks
                                          bacaan.                              
Kemahiran Bahasa    :   Bacaan
                                         Tulisan
Sistem Bahasa           :   Kosa kata
                                          Penanda wacana
Pengisian Kurikulum   :   Ilmu : Pendidikan Kesihatan
 Nilai Murni                   : Kasih sayang, bertanggungjawab
 Peraturan Sosiobudaya : Kesantunan bahasa
Kemahiran Bernilai Tambah         :   Kecerdasan pelbagai, Kemahiran Belajar cara
                                                                Belajar, Kemahiran Berfikir, Kontekstual.
Bahan Bantu Mengajar                  :   Petikan,  kad penanda wacana,lembaran kerja, jadual zat                makanan dan jenis   sukan, senikata lagu, slaid.
Pengetahuan Sedia ada                :   Murid mengetahui mengenai cara penjagaan
               kesihatan yang betul.










Langkah/Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set Induksi
(5 minit)

Guru meminta murid meneka gambar yang dipamerkan.

Contoh soalan
a.Gambar apakah ini?
b. Siapakah selalu bermain di sini?
c. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut?
d. Bilakah selalunya kita melakukan aktiviti ini?

a. Guru mempamerkan gambar taman permainan dan gambar murid-murid sedang bersenam.

b. Guru bersoal jawab mengenai kebaikan aktiviti  tersebut.

Kontekstual:
Menghubung kait isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid.

Langkah 1
(10 minit)

Petikan teks “Kesihatan Asas Kesejahteraan”

a.Guru meminta murid membaca teks yang diberi secara kuat.

b.Murid lain dikehendaki mendengar dan memahami isi petikan tersebut.

Kad petikan
KBCB:
-Mendengar dengan cekap
-Bacaan mekanis.


Langkah 2
(20 minit)

Petikan teks “Kesihatan Asas Kesejahteraan”
Mencari isi penting


a.Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan.
b. Guru mengedarkan tugasan .


c. Murid mencari dan menyenaraikan penanda wacana yang terdapat dalam teks.

d. Murid membentangkan  hasil tugasan mereka.

KBCB
-Menyusun mengikut urutan
-Memberi ulasan



TKP
-Interpersonal
-Intrapersonal

Penilaian formatif
-Penilaian secara pemerhatian
Sistem Bahasa
-Kosa kata
-Sinonim

Langkah 3
(10 minit)

Latihan membina ayat menggunakan penanda wacana.

a.Guru memberi penerangan beserta contoh tentang cara membina ayat dengan betul dan kemas.

b.Guru meminta murid menggariskan penanda wacana dalam petikan.

c.Secara individu murid diminta memilih lima penanda wacana dan membina ayat.

d.Guru dan murid berbincang jawapan bagi latihan membina ayat  yang dibina.


KBT
Kemahiran belajar

Nilai
Bertanggungjawab

Ilmu
Bahasa Malaysia


Media
Lembaran kerja

Langkah 4
(10 minit)

Pengelasan Makanan
-Karbohidrat
-Protein
-Vitamin
-Garam galian
-Lemak

a. Murid mengisi jadual tentang kelas makanan dan contoh sukan mengikut jenisnya.

b.Guru berbincang dengan murid mengenai hasil tugasan.

Lembaran kerja
Penilaian Formatif
-Penilaian formatif dijalankan secara

pemerhatian.

Penutup
(5 minit)

Nyanyian lagu “Rasa sayang”

a.Guru mempamerkan senikata lagu “Rasa sayang”

c.Murid menyanyi lagu “Rasa sayang – Sukan dan Kesihatan” sambil bertepuk tangan dan memainkan alat muzik marakas.


Slaid

-Lirik lagu
-alat muzik

TKP:
Kinestetik
Muzik


Refleksi                     :
Kekuatan                   :
Kelemahan               :
Cadangan mengatasi kelemahan                        :
Ulasan Guru Pembimbing                         :
Ulasan Pensyarah Penyelia                     :

Konsep Laman sesawang


3.0 Konsep Laman Sesawang
Definisi: Laman sesawang bolehkan ditakrifkan sebagai satu pengantara maya untuk menjalinkan komunikasi sesama manusia secara global yang dikuasakan dengan teknologi internet dan multimedia. Pembangunan telekomunikasi tanya wayar seperti teknologi wifi dan jalur lebar serta teknologi telekomunikasi 3.5G turut memacu perkembangan dalam langganan dan penggunaan laman sesawang sosial. Perkembangan telefon mudah alih pintar (smart phone), “netbook” ataupun perkakas komputer mini (tablet), telah membuka dimensi baharu yang menawarkan lebih fleksibiliti kepada pengguna untuk mengekalkan perhubungan tanpa halangan masa ataupun tempat.  

Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, gambar, sesawang, video, dan blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya.
Sesawang sosial juga telah mengorganisasikan manusia kepada kumpulan-kumpulan berkepentingan tertentu dan menjalinkan hubungan yang lebih cekap antara pemimpin dengan rakyat di samping menzahirkan fasiliti e-kerajaan. Dalam aspek ekonomi, sesawang sosial telah memperkasa sektor e-dagang dengan membuka pintu perdagangan yang lebih luas khususnya dalam segi publisiti, pemasaran sesuatu produk.  Kemudahan ini turut merapatkan interaksi antara pengeluar dengan pengguna secara langsung lantas membolehkan pihak pengeluar menawarkan perkhidmatan yang lebih mesra pengguna.
Dalam aspek sosial, kekuatan laman sesawang adalah jauh lebih menyerlah. Kewujudan laman sesawang sosial dapat mengeratkan tali silatulrahim, mengemaskinikan kedudukan, mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti seseorang, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan.  
Data dan statistik: Wikipedia menjumlahkan laman sosial sebanyak 205. Jumlah pengguna mencecah 1 billion penduduk (15% jumlah penduduk dunia melanggani sekurang-kurangnya satu laman sosial maya). Laman sosial yang terbesar di dunia, facebook mempunyai langganan berjumlah 0.8 billion. Pendapatan Fb pada 2011 dianggarkan berjumlah US$4.2 billion, satu peningkatan sebanyak 114% daripada tahun terdahulu. Antara laman sosial maya yang popular ialah twitter, linked in, Myspace, dan Ning.   
Pendidikan berasaskan laman sesawang (web) semakin berkembang dengan meluas dan mendapat perhatian disebabkan keupayaan interaktifnya dan multimedia yang membolehkan penyimpanan dan perkongsian maklumat dengan cepat, mesra pengguna dan boleh diakses di mana jua. Pencapaian internet melalui laman sesawang memberi penekanan kepada capaian ilmu dan maklumat melalui jaringan laman sesawang yang tidak terbatas. Fenomena ini mewujudkan dan membentuk masyarakat yang gemar belajar dan terus belajar sepanjang hayat. Peluang pembelajaran ini melangkaui batasan waktu dan geografi serta lebih bersifat terbuka asalkan mempunyai keupayaan mengakses dan kemahiran menggunakan teknologi ICT.


Konsep Tapak Pembelajaran


2.0 Konsep Tapak Pembelajaran
Menjelang alaf baru sektor pendidikan di negara ini mengalami perubahan drastik dan terpaksa akur dengan peralihan ekonomi semasa yang akan berteraskan kepada penggunaan teknologi maklumat. Selaras dengan itu kerajaan begitu beriltizam untuk memajukan sektor pendidikan di negara ini dengan menjadikan teknologi maklumat sebagai teras utama perlaksanaannya.
Peranan teknologi maklumat (IT) dalam sistem pendidikan semakin penting di Malaysia dan merupakan satu komponen untuk berhadapan dengan cabaran penerokaan ilmu di alaf ketiga nanti (Hassai Hassan 1997). Menyedari hal ini, kerajaan telah membuat perubahan dalam bidang pendidikan dengan mewujudkan konsep sekolah bestari dan telah mula beroperasi pada tahun 1999. Sekolah bestari yang merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) telah mengaplikasikan teknologi maklumat sepenuhnya  dalam pengajaran dan pembelajaran  (Azamzairi 1997).
Internet boleh digunakan sebagai pembelajaran berbantuan komputer dan merupakan aset penting bagi pengajaran dan pembelajran di sekolah bestari dan universiti maya. Ini adalah kerana internet menawarkan pelbagai laman Web pendidikan multimedia dan interaktif yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.
Teknologi cangih ini juga mampu menyediakan kemudahan kepada pelajar dan guru-guru untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seperti pembangunan laman Web di setiap sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa tapak-tapak Web boleh dijadikan sebagai saluran yang berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan di sekolah terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu ianya juga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat dari seluruh negara.

2.1 DEFINISI LAMAN WEB
Laman web adalah satu halaman yang mengandungi maklumat yang dipaparkan oelh pelayar Web dalam Internet. Web merupakan salah satu daripada ciri rangkaian internet dan ia adalah salah satu kandungan yang aktif. Kandungan Web ini adalah bergantung kepada satu aplikasi sahaja. Antara aplikasi yang terlibat ialah Pelayar ( Browsers ), Pelayan ( servers ), Penyunting ( editors ), Jara dan Pemalam ( pulging ). Ke lima-lima aplikasi tersebut adalah adalah  sebagai pelengkap kepada piawai-piawai pembinaan laman Web yang telah dipersetujui oleh World Wide Web Consortium.

2.2 LAMAN WEB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan dengan penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar atau komputer sebagai alat mengendalikan pembelajaran.  Pembelajaran berbantuan komputer ini lahir daripada konsep pembelajaran terancang yang dikemukakan oleh B. F. Skinner pada tahun 1954. Usaha ini telah dilaksanakan di Universiti Florida State dan Universiti Stanford ( Zainab 1991, Zoraini 1987 ). Namun begitu, penggunaan laman Web sebagai suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantuan komputer masih baru diperkenalkan dan sektor pendidikan di Malaysia.
Penggunaan komputer dalam pendidikan di Malaysia boleh dilihat daripada dua sudut iaitu pembelajaran tentang komputer dan pembelajaran menggunakan komputer. ( Tan 1994 ).
Pembelajaran dengan menggunakan komputer bermula dengan tertubuhnya kelab komputer Sekolah Menengah La Salle Petaling Jaya dalam tahun 1981.     ( Zoraini Wati Abas 1989 ) Dalam bulan Oktober 1983, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamed mencadangkan agar sekolah Di Malaysia menubuhkan Kelab Komputer supaya pelajar mengikuti perkembangan teknologi semasa. Hasilnya menjelang tahun 1990 terdapat lebih 800 Kelab Komputer sekolah wujud. ( Jamaleah 1992; Zoraini 1991 ). 
Komputer merupakan perkakasan utama sebagai perantaraan untuk menyusun dan menyimpan maklumat. Ia bertanggungjawab sebagai alat bagi memanipulasi data tapak web. Kita boleh menggunakan mana-mana system komputer bagi membina laman web bagi tujuan pendidikan mahupun kepentingan lain.Pada tahun terawal kemunculan Internet, pembangunan tapak-tapak Web banyak melibatkan penggunaan teks untuk menyampaikan kandungnanya kepada pengguna. Bagaimanapun, keadaan kini sudah berubah apabila teknologi Web terus berkenbang dan Mampu mengendalikan unsur multimedia   ( seperti grafik, bunyi dan video), intergrasi pengkalan data, pengemaskinian kandungan laman secara dinamik, dan interaksi kandungan Web dengan pengguna. (  Harun Khalid, 2000 ).
Seperti yang kita lihat pada hari ini, pembangunan Web terus melibatkan penciptaan dan pengelolaan kandungan dengan penggunaan teknik dan peralatan yang lebih canggih untuk memperolehi hasil yang terbaik. Malah kemunculan aplikasi terbaru Web mampu memperhebatkan lagi kandungan Web seperti transaksi dalam talian, permainan interaktif, siaran audio-visual dan media elektronik wujud. Keadaan ini bukan sahaja dapat membantu para guru mahupun pelajar malah segenap lapisan masyarakat untuk mencari maklumat mahupun proses pembelajaran.
Tapak Web pendidikan antara katogeri tapak Web yang paling berguna dan ramai pengunjung dalam internet.  Biasanya ia akan menyediakan pelbagai bahan bercorak pendidikan dan pengetahuan yang sesuai untuk kanak-kanak, para pelajar, pendidik dan ibu bapa. Beberapa contoh tapak Web yang sesuai  untuk dikunjungi ialah;

.Ask Jeeves for Kids  ( www.ajkids.com )
Discovery Channel  ( www.discovery.com )
Family.com  ( family.Disney.com )
ePLAY   ( www.eplay.com )
Family Education  ( www.familyeducation.com )
Lefsfindout.com  ( www.lefsfindout.com )
Educational World  (www.educational.world.com )
Learn 2  (www.learn2.com )
Researh it  ( www.itools.com/researh-it/ )
TM school Online  ( www.tmsol.com.my )

Dengan adanya laman-laman Web seumpama ini bukan saja dapat menyenangkan para pelajar belajar, juga dapat memudahkan kerja guru dalam perlaksanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru bukan saja boleh menggunakan laman Web yang sedia ada malah mereka boleh menbina laman Web sendiri .Mungkin bagi seorang pereka Web professional tidak menjadi masalah mereka satu laman Web dengan hanya menggunakan sebuah komputer, pemperosesan perkataan, dan pengetahuannya dalam kod HTML. Tidak pula menjadi masalah bagi mereka yang tidak mahir dengan komputer untuk mencipta laman Web sendiri. Kebanyakan perisian atau program-program diperlukan dapat dipindah terima sahaja dari internet. Tidak perlu mempelajari kod-kod HTML untuk mendapatkan sebuah laman Web. Ini dapat memudahkan para guru menyediakan satu sesi pengajaran pembelajaran yang menggunakan laman Web.

Konsep RPH


1.0 Konsep Asas Rancangan Pelajaran Harian
Rancangan Pengajaran Harian merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi elemen-elemen berikut :



 Perancangan dan Persediaan Mengajar
1.    Pengertian konsep pengajaran
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relative kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak didik.

2.    Keperluan perancangan dan pembelajaran
Perancangan perlu dilakukan untuk :
·         Memenuhi masa yang diperuntukkan
·         Menepati kehendak objektif / matlamat
·         Berkesan sepanjang waktu pengajaran
·         Menarik perhatian dan tidak membosankan

3.    Objektif pengajaran
Objektif boleh dalam bentuk
i)             Objektif implisit
Melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
 *  Memahami
 *  Mengetahui
 *  Menghargai sesuatu yang telah diajar
    ii)          Objektif eksplisit
                Melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :
·         Menyenaraikan
·         Menjelaskan
·         Member contoh
·         Menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan