Thursday 30 August 2012

PRO FORMA KURSUS



                                                              Pro Forma Kursus
Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)

Nama Kursus
Pengajaran Dan Pembelajaran  Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
(Computer Aided in Teaching and Learning Malay Language)
Kod Kursus
BMM 3105
Kredit
3 (0 + 3)
Jam Interaksi
90 jam
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat
Tiada
Semester
Pertama/Kedua
Hasil Pembelajaran
1.    Menggunakan Internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2.    Memilih bahan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3.    Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4.    Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5.    Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam Internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
6.    Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Sinopsis
Kursus ini menjelaskan penggunaan Internet, pemilihan bahan Internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara on  line; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan Internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

This course describes the usage of Internet, selection of Internet resources, website, learning homepage; on-line and off-Line learning; link model in organizing resource, linkage within resources; onlline teaching resources editing; using Malay language in Internet; teaching of Malay language through video conferencing, usage of writing tools; animation in presentation; and using learning CDs in teaching and learning Malay language.


Tajuk
Kandungan
Jam
1
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
  • Menggunakan web, video, audio, dan imej
  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
  • Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog.

6
2
Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

6
3
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point

6
4
Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Memilih bahan sastera
  • Memilih bahan tatabahasa
  • Memilih bahan bidang ilmu lain

6
5
Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu

6
6
Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
  • Struktur Linear
  • Struktur Rangkaian
6
7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
  • Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.

6
8
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
  • Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
  • Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran

6
9
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian
  • Prosedur pengeditan
  • Prinsip pengeditan
  • Melaksanakan pengeditan

6
10
Pengajaran dan Pembelajaran Secara Bilik Darjah Maya
  • Membentangkan hasil kerja antara institut
  • Melaksanakan interaksi antara pelbagai institut

6
11
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
  • Konferensi secara dalam talian
  • Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur
  • Merakamkan perbualan

6
12
Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
  • Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
6
13
Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
  • Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
  • Memanipulasi animasi dalam persembahan
6
14
Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

6
15
Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
  • Mengadakan seminar
  • Mengadakan pameran

6

JUMLAH

90

Penilaian
Kerja kursus                        100%
Peperiksaan Akhir               -

Rujukan Asas
Beatty, Ken. (2003). Teaching and Researching computer-assisted language learningLondon: Longman.

Rujukan Tambahan
Bull Susan. (1993).  Towards user system collaboration in the development of a student model for intelligent computer assisted language learningEdinburg: Universtiy of Edinburg.


Bull Susan. (1994). Student modelling beyond domain knowledgeEdinburg: University of Edinburg.


Hardisty, D., Windeatt, S., (1989) CallLondon: O.U.P.


Levy Micheal.  (1997).  Computer-assisted language learning: Context and ConceptualizationOxford: Oxford University Press.


Thursday 9 August 2012

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Tahun                                    :   5 Cerdik
Tarikh/Masa              :   7 Ogos 2012 / 8.40 – 9.40 pagi
Bilangan Murid        :   37 orang
Mata Pelajaran         :   Bahasa Melayu
Tajuk                          :   Kesihatan Asas Kesejahteraan
Fokus Utama                        :   5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
                                        dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras                            :   Aras 1 :
                                        i   Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal
                                          dan ayat majmuk dengan sebutan yang betul.
                                        ii Memahami perkataan, frasa da ayat.
Fokus Sampingan   :  8.5 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan
                                             seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat,
                                             sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras                            :  i  Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar
                                          dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
Objektif                       :   Pada akhir pelajaran murid berupaya:
                                        i Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat
                                          tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang
                                          betul.
                                       ii Memilih dan mengenal pasti penanda wacana dan kata
                                          hubung.
Kemahiran Bahasa             :   Bacaan
                                                    Tulisan
Sistem Bahasa                     :   Kosa kata
                                                    Penanda wacana
Pengisian Kurikulum          :   Ilmu : Pendidikan Kesihatan
                                                    Nilai Murni : Kasih sayang, bertanggungjawab
                                                    Peraturan Sosiobudaya: Kesantunan bahasa
Kemahiran Bernilai Tambah         :   Kecerdasan pelbagai, Kemahiran Belajar cara
                                                                Belajar, Kemahiran Berfikir, Kontekstual.
Bahan Bantu Mengajar                  :   Petikan,  kad penanda wacana
lembaran kerja, jadual zat makanan dan jenis   sukan, cd lagu, slaid.
Pengetahuan Sedia ada                :   Murid mengetahui mengenai cara penjagaan
               Kesihatan yang betul.











Langkah/Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran

Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Membuat regangan badan.
Contoh soalan
a.Siapa boleh sebutkan apa yang kita sedang buat sekarang?
b. Mengapakah kita melakukan aktiviti ini?
a. Guru meminta murid melakukan aktiviti regangan badan bersama-sama.
b. Guru bersoal jawab mengenai kebaikan aktiviti  tersebut.

Kontekstual:
Menghubung kait isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid.
Langkah 1
(10 minit)
Petikan teks “Kesihatan Asas Kesejahteraan”
a.Guru meminta murid membaca teks yang diberi secara kuat.
b.Murid lain dikehendaki mendengar dan memahami isi petikan tersebut.
Kad petikan
KBCB:
-Mendengar dengan cekap
-Bacaan mekanis.

Langkah 2
(20 minit)
Petikan teks “Kesihatan Asas Kesejahteraan”
Mencari isi penting

a.Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan.
b. Guru mengedarkan tugasan .
c. Murid mencari dan menyenaraikan penanda wacana yang terdapat dalam teks.
d. Murid membentangkan  hasil tugasan mereka.
KBCB
-Menyusun mengikut urutan
-Memberi ulasan

TKP
-Interpersonal
-Intrapersonal

Penilaian formatif
-Penilaian secara pemerhatian


Sistem Bahasa
-Kosa kata
-Sinonim

Langkah 3
(10 minit)

Latihan membina ayat menggunakan penanda wacana.

a.Guru memberi penerangan beserta contoh tentang cara membina ayat dengan betul dan kemas.
b.Guru meminta murid menggariskan penanda wacana dalam petikan.
c.Secara individu murid diminta memilih lima penanda wacana dan membina ayat daripadanya.
d.Guru dan murid berbincang jawapan bagi latihan membina ayat  yang dibina.



KBT
Kemahiran belajar

Nilai
Bertanggungjawab

Ilmu
Bahasa Malaysia

Media
Lembaran kerja

Langkah 4
(10 minit)

Pengelasan Makanan
-Karbohidrat
-Protein
-Vitamin
-Garam galian
-Lemak

a. Murid mengisi jadual tentang kelas makanan dan contoh sukan mengikut jenisnya.
b.Guru berbincang dengan murid mengenai hasil tugasan.

Lembaran kerja
Penilaian Formatif
-Penilaian formatif dijalankan secara pemerhatian.

Penutup
(5 minit)

Nyanyian “Dikir Barat”

a.Guru mempamerkan senikata lagu “Ewau Bulan”
c.Murid menyanyi lagu “Dikir Barat – Ewau Bulan”


Slaid

-Lirik lagu (kaset)

TKP:
Kinestetik
Muzik


Refleksi                     :
Kekuatan                   :
Kelemahan               :
Cadangan mengatasi kelemahan                        :
Ulasan Guru Pembimbing                         :
Ulasan Pensyarah Penyelia                     :









Kesihatan Asas Kesejahteraan
            Tahukah kamu bahawa kesihatan itu asas kesejahteraan hidup? Sudah tentu! Sehubungan dengan itu,kita perlu menjaga kesihatan diri.
Kesihatan diri amatlah penting. Sekiranya kita menjaga kesihatan diri, kita akan dapat menghindarkan diri daripada serangan penyakit. Malah, tubuh kita akan cergas dan minda kita menjadi cerdas.
            Tubuh kita memerlukan zat makanan yang utama seperti karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan garam galian. Oleh yang demikian, kita perlu mengamalkan cara pemakanan yang seimbang. Apatah lagi makanan yang seimbang dapat memperkukuhkan system pertahanan diri kita daripada serangan penyakit.
            Selain itu, kesihatan diri juga dapat dijaga melalui pelbagai aktiviti riadah. Aktiviti riadah sememangnya agak sukar dilakukan oleh sesetengah orang. Hal ini demikian kerana mereka selalu menjadikan kesibukan sebagai alasan. Akibatnya, tubuh badan mereka menjadi lemah dan selalu sakit.
            Oleh sebab itu, jadikanlah amalan pemakanan seimbang dan beridah sebagai budaya hidup kita. Sesungguhnya, aktiviti sedemikian pasti akan menjadikan kita sihat dan sejahtera sepanjang masa.