Sunday, 16 September 2012


Minggu 15

MINGGU 15- SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN AKAN MENDATANG

Pengenalan

Melalui seminar dan pameran ini, Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat diperkenalkan kepada orang ramai khusunya msyarakat luar.

Seminar



Mengadakan seminar

Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam Dasar-dasar keperawatan kesehatan masyarakat (1997) seminar boleh didefinasikan sebagai satu cara dimana sekelompok orang berkumpul untuk membahas suatu masalah dibawah bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya.

Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer

i. Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara
    peserta dan panel
ii. Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar

Kelebihan

i. Berguna kepada peserta yang terlibat
ii. Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
iii. Menyediakan bahan dan keteranagan yang baru


Kekurangan

i. Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
ii. Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
iii. Sering dijalankan untuk seminar pendidikan



Mengadakan Pameran





Menurut Muhd Abi Sofian dalam bukunya mengurus gerai pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.


Ciri-ciri pemeran Bahasa melayu berbantukan komputer

i. Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
ii. Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
iii. Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang

Jenis-jenis Pameran:

Jenis-jenis pameran:

BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Pameran tetap
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat
2
Pameran Temporer
Pemeran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan
3
Pameran Keliling
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.

Salah satu cara untuk menggalakkan penerbitan hasil penulisan para pelajar dan memberi peluang kepada pelajar lain untuk membaca bahan tersebut.
Pelajar dilatih supaya dapat mencapai kualiti penulisan yang diiktiraf oleh guru dan pelajar lain bagi menerbitkan bacaan umum.
Guru perlu mengadakan sesi pameran ini bagi setiap bahan bermutu yang ingin dikemukakan kepada pihak penerbit.



Minggu 14
MINGGU 14 : Bengkel Cakera Padat Pembelajaran Dalam P&P Bahasa Melayu


Cakera padat (bahasa Inggeris: compact disc atau CD) adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital. CD yang dijual di pasaran pada lewat tahun 1982 masih merupakan media fizikal yang piawai untuk perakaman audio komersil sehingga kini (2007). Sebuah CD audio terdiri daripada satu atau lebih runut stereo yang disimpan menggunakan pengekodan PCM 16-bit pada kadar pensampelan sebanyak 44.1 kHz. CD piawai mempunyai diameter sebanyak 120 mm dan boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 80 minit (bergantung kepada apa yang dirakamkan). Terdapat juga cakera 80 mm yang kekadang digunakan untuk CD single yang boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 20 minit.
Teknologi cakera padat kemudian diubah suai untuk dijadikan peranti storan data yang dikenali sebagai CD-ROM, dan merangkumi media perakaman tunggal serta perakaman berbilang kali (CD-R dan CD-RW). CD-ROM dan CD-R masih merupakan teknologi yang digunakan secara meluas dalam industri komputer peribadi pada hari ini (2007). CD dan produk-produk lanjutannya telah amat berjaya: pada tahun 2004, jualan tahunan CD-Audio, CD-ROM, dan CD-R di seluruh dunia mencapai sekitar 30 bilion keping cakera.


sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Cakera_padat


Pengenalan
Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:



Contoh Jenis Cakera Padat

Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu
Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
- Puisi tradisional dan kesusasteraan
- Latihan dan soalan


Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.

Bagaimana cakera padat menyimpan data?

Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1.
Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya. Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.

Perbezaan CD dan DVD
Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format. Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data.

Format CD
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja.
Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama.
Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.

Format DVD
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVDsedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.





AKTIVITI
JENIS CAKERA
KESUSASTERAAN
  · Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek.
TATABAHASA
 C      Cakera latihan tatabahasa


PANDUAN MENJAGA KESELAMATAN CAKERA PADAT :
Jangan mendedahkan cakera padat pada cahaya matahati atau haba yang panas.
Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat.
Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di permukaan atas cakera padat. gunakan alat tulis seperti marker pen
Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih.
Jangan makan atau minum berdekatan cakera padat
Pegang cakera padat dengan cara yang betul
Jika tidak digunakan, simpan cakera padat ke dalam bekas yang disediakan.


minggu 13

MINGGU 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Definisi Animasi

Kamus Pelajar Edisi Kedua
Proses menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup dgn memaparkan satu siri gambar secara pantas dgn bantuan komputer.

Kamus Dewan Edisi Keempat

Perbuatan (proses, hasil drpd) menjadikan sesuatu kelihatan hidup. Selain itu merupakan seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yg kelihatan hidup. Istilah lain pula menganimasikan menjadikan sesuatu gam¬bar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup


JENIS-JENIS ANIMASI

Animasi/ Grafik

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh  dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

Animasi Cel

Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka frame
Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik

Animasi Komputer

Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect

Morphing

Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain
Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak.

Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet Cara untuk memuat turun animasi

Cara untuk mendownload animasi flash dengan mudah dari sebuah website adalah menggunakan sebuah software yang bernama Save Flahs. Dapat didownlaoad di http://www.saveflash.com untuk versi trial atau demo. Versi full yang sudah di crack pula boleh didapati di http://rapidlibrary.com/ kemudian masukkan kata kunci "save flash full".
Setelah di install, Software ini akan menempel pada Internet explorer. Setiap kali membuka sebuah web site yang mengandung flash maka akan muncul tanda disket yang jika di klik akan menyimpan animasi flash ke dalam hard disk.


Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint.

Power Points

Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.

Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi.
Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:

(i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
(ii) Transition dan Animation
(i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :
Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.



Melaksanakan penggunaan Animasi Perkataan dan Objek PowerPoint







Minggu 12


MINGGU 12 : Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Pengenalan

Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawab untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.



Jenis-jenis Alat pengarangan





Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google dosc ini boleh didapati dengan melayari :

docs.google.com/

Karangan yang telah dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa.
Google docs merangkumi:




Aplikasi
Guru memberi satu tajuk karangan dan mengarahkann murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui. Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan. Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian




Adobe Flash Player




Perisian yang memaparkan animasi dan filem dengan menggunakan atur cara komputer seperti pelayar web. Flash Player ialah pemain multimedia dan aplikasi ciptaan Macromedia, kini dibangunkan dan diedarkan oleh Adobe setelah membeli Macromedia. Flash Player menjalankan fail-fail SWF yang boleh direka dengan menggunakan alat pengarangan Adobe Flash rekaan Adobe Flex, atau mana-mana alat Macromedia yang lain dan pihak ketiga.


Nama Adobe Flash, atau sekadar Flash, merujuk kepada program pengarangan multimedia tersebut ataupun Adobe Flash Player edaran Adobe yang menggunakan grafik vektor dan raster, bahasa peenskripan tersendiri iaitu ActionScript dan penstriman video dan audio dwiarah. Sebenarnya, Adobe Flash hanya memaksudkan sekitaran pengarangan manakala Flash Player ialah mesin maya yang digunakan untuk menjalankan fail Flash, namun erti-erti tersebut sering dicampuradukkan dalam bahasa percakapan. Oleh itu, nama "Flash" boleh memaksudkan sekitaran pengarangannya, pemainnya atau fail-fail aplikasinya.


Flash Player menyokong bahasa penskripan tersirat bernama ActionScript (AS) yang berasaskan ECMAScript. Semenjak diperkenalkan sebagai sintaks skrip tanpa pemboleh ubah, ActionScript telah berkembang maju untuk menyokong kod berorientasi objek, hinggakan keupayaannya boleh dibandingkan dengan JavaScript (satu lagi bahasa penskripan berasaskan ECMAScript).


Pada awalnya, Flash Player direka untuk memaparkan animasi vektor dua dimensi yang ringkas, tetapi kini sesuai untuk mereka aplikasi Internet kaya dan menstrimkan video dan audio. Flash Player menggunakan grafik vektor untuk meminimumkan saiz fail serta menghasilkan fail yang menjimatkan lebar jalur dan masa pemuatan. Flash ialah format yang sering digunakan untuk permainan, animasi, dan GUI yang dibenamkan dalam laman web.


COMIL
Bagi sekolah-sekolah di Malaysia alat pengarangan yang dicadangkan digunakan adalah alat pengarangan yang dibangunkan oleh MIMOS Bhd iaitu ComIL. Untuk mempelajari alat pengarangan ini, pihak MIMOS telah menyediakan tutorial ComIL yang boleh didapati di www.comil.com.my . Comil merupakan satu inovasi daripada MIMOS Berhad yang dibangunkan oleh pakar tempatan (MIMOS, tanpa tarikh). Ini bermakna ComIL merupakan pilihan terbaik untuk senario tempatan.
Comil Intan ialah sebuah alat pengarangan multimedia yang pertama menggunakan antara muka Bahasa Melayu (MIMOS, tanpa tarikh). Ia adalah versi terbaru selepas Comil Zamrud. Menurut mereka, alat pengarangan ini amat menarik kerana ia boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. ComIL boleh difahami dan digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah sehinggalah orang-orang dewasa. Ia juga mampu memenuhi keperluan pembangun multimedia profesional.
Alat pengarangan ComIL ini menawarkan pelbagai kemudahan kepada penggunanya untuk membina satu perisian multimedia yang interaktif. Melalui alat ini, guru-guru dan pelajar-pelajar boleh mencipta pelbagai bahan pengajaran dan persembahan multimedia dengan menggabungkan teks, grafik, video, animasi dan kesan bunyi yang menarik.
Konsep belajar dari komputer dilaksanakan sekarang apabila menggunakan perisian ComIL ini untuk membina kemahiran-kemahiran tertentu. Di sini pelajar akan belajar menggunakan Comil dari laman web ComIL (guru) yang telah menyediakan satu modul yang lengkap untuk memperkenalkan ComIL. Selain dari menggunakan tutorial dari laman web tersebut, guru-guru boleh menggunakan buku panduan yang dibekalkan oleh pihak MIMOS apabila perisian ComIL dibeli dari mereka sebagai bahan bantu mengajar.

Kekuatan Alat Pengarangan COMIL
·    Penggunaan Bahasa Melayu yang mudah memberikan kefahaman yang jelas kepada pelajar untuk memahami arahan-arahan yang diberi.
·   Suasana pembelajaran yang bermakna dan relevan dengan senario tempatan dapat dihasilkan.
·  Pendekatan penerangan yang digunakan memudahkan pelajar mengikuti proses memahami sistem ComIL.
·  Kemas dari segi susunan nombor yang teratur, serta peraturan arahan yang berkesinambungan dari satu fungsi ke fungsi yang lain
·         Mempunyai bahagian pengenalan yang menerangkan definasi perisian kursus

CARA-CARA MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM MENCAPAI KEMAHIRAN BAHASA (*dengan menggunakan Power Point)]







Minggu 11

Minggu 11: Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video

Pengenalan :Telesidang Video

Telesidang adalah sistem penyampaian elektronik yang melibatkan komunikasi dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling.

Menurut J.Maki (2001) penggunaan telesidang video ini menyelesaikan banyak masalah pembelajaran di kalangan pelajar menerusi guru-guru ICT. Walau bagaimanapun, pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini. Berdasarkan kajian, di dapati telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi seperti yang berlaku di Findland(J.Maki, 2001) dan Singapura (Hu. Chun, 2001).





Sidang Video

·         Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.

·         Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.

·         Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.

·         Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling

·         Pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.

·         Telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi


Jenis sidang video


i.              Banyak ke banyak
ii.            Satu ke banyak
iii.           Satu ke satu





Perisian Sidang Video






Contoh Telesidang




kebaikan dan kelemahan mengunakan Telesidang





d) Konferensi Secara Atas Talian





 Konferensi Secara Atas Talian

Menurut kamus dewan bahasa keempat, koferensi bermaksud pertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu juga ia merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, ter­utamanya di kalangan pihak-pihak yang mem­punyai minat dan kepentingan bersama. Koferensi selalunya berlaku di atas talian iaitu menggunakan internet.



Transmisi sidang video

Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu:

(i) Cekup (capture)

-  Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio
-  Kamera menukar video ke dala format digital dan dihantar kepada perisian siding video yang kemudiannya dimampatkan.


(ii) Mampat
-  Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.

-  Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem


(iii) Siar
-   Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui

talian telefon yang biasa.

-  Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai

sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.



PENGGUNAAN PERISIAN SKYPE




















Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan  menulis

















Minggu 10

Tajuk.10
MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU







Nota individu

1. Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
2. Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
3. Membina bahan video dan audio
4. Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.

Pengenalan
Memasukkan unsur video di dalam sesebuah persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat. Pelbagai teknik, kaedah serta teknologi boleh digunakan. Antaranya ialah seperti yang berikut:

i. Secara terus dengan menggunakan video digital
ii. Tetingkap video digunakan untuk menayangkan video dari cakera laser atau pemain pita video.
iii. Tetingkap video menayangkan siaran TV secara terus dengan bantuan kad pendigital video yang sesuai.

1. Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa

Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan
(i) Penentuan peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran bahasa
(i) Penentuan peringkat pengajaran

Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.

(i) Kemahiran Berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantú mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.



2. Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio

Audio :

Kita perlu membuat penilaian/keputusan yang tepat tentang bahan audiovisual yang boleh dan tidak boleh dipilih untuk dikumpul atau disimpan. Asas pemilihan bahan audio visual perlulah memenuhi kriteria berikut:
i. Kandungan maklumat
• Bahan atau maklumat yang berkualiti yang ingin disampaikan

ii. Carrier/kandungan
• mengasingkan carrier, iaitu bahan fizikal (fizikal filem, cakera atau pita) dari karya (work), kandungan (content) atau rakaman (bunyi dan/atau imej yang dimasukkan secara bersama di dalamnya) bagi memastikan kelangsungan hayat kandungannya dan kehilangan maklumat yang paling minimum.

iii. Nilai estetika kandungannya
• Harus ada nilai estetikanya untuk nilai audiovisual dan boleh menarik minat pengguna

iv. Kualiti
• Kualiti imej dan/atau bunyi perlulah dijaga sebaik mungkin.

v. Kelangsungan hayat
• Bahan yang dibina mampu bertahan lama da n mudah dipelihara agar dapat diakses dalam jangka masa panjang.

vi. Pendokumentasian
• Pendokumentasian secara terperinci perlu dilakukan terhadap proses perolehan, penyimpanan, pemeliharaan dan pengaksesan bahan audiovisual.






Video :

Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

I.Penggunaan Elemen Teks
II.Penggunaan Elemen Grafik Dan Visual
III.Penggunaan Elemen Audio
IV.Penggunaan Elemen Video
V.Penggunaan Elemen Animasi


Penggunaan elemen teks

Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.

• Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
• Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
• Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
• Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
• Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.




Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.

i. Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran.
ii. Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama.
iii. Pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas.
iv. Pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi.
v. Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem  
berkeupayaan rendah.
vi. Hanya maklumat penting yang diisi di dalam grafik ini.


3. Membina bahan video dan audio

Analog
Video analog bukannya seuatu bentuk data yang dikenli oleh komputer – ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu turutan kerangka yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap iaiut kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bermagnet)

Digital
Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin di mampatkan

Audio
Audio merupakan bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.


4. Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca

Perisian Audio:

• Untuk rakaman suara mahupun penghasilan elemen audio seperti muzik, kesan khas dan lain-lain.
• Rakaman audio yang asas - perisian Sound Recorder (sedia ada dalam Microsoft Windows)
• Menyediakan kemudahan - merakam audio dan beberapa kesan khas juga boleh ditambahkan kepadanya.


Minggu 9
MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN MENJADI BROSUR, NEWS LETTER, DAN KAD PENGUMUMAN


Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.


Prosedur pengeditan
Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.



Apa itu mengedit bahan atas talian?
¨  Mengedit  bahan atas talian bermaksud kita menggunakan perisian yang terdapat dalam internet
¨  Terdapat pelbagai perisian dalam internet. Antaranya ialah :
¡   zoho https://docs.zoho.com/jsp/index.jsp
¡  Google docs https://docs.google.com/#home
¡  280 slideshow http://280slides.com/editor/
¡  Brocchure maker http://www.mybrochuremaker.com/projects/edit/76898/1


Prosedur Pengeditan




CARA 1

Langkah 1
Buka enjin pencari yang digemari dan taip www.mybrochuremaker.com pada kotak pencari



Langkah 2
Apabila tatapan sebegini keluar, klik butang "Start"




Langkah 3
Klik pada langgangan secara percuma



Langkah 4
Seterusnya klik pada new, dan isi nama projek




Langkah 5
Pilih jenis brosur yang diinginkan kemudian klib pada butang "make"





Langkah 6
Pilih jenis templet yang diinginkan. Seterusnya, boleh menghiaskan mengikut kreativiti masing-masing





CARA 2






Langkah 1 dan 2






Langkah 3






Langkah 4





Langkah 5





Langkah 6





Langkah 7





Langkah 8





Langkah 9 ( Langkah akhir)



Tuesday, 11 September 2012

3105 : Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer


PENGENALAN

    Corak pendidikan masa kini semestinya sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Konsep-konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada penggunaan teknologi semakin mendapat perhatian institusi-institusi pendidikan di Malaysia terutamanya selepas tahun 1993 apabila Kementerian Pendidikan dan MIMOS bekerjasama memperkenalkan satu perisian yang dinamakan ComIL.

     Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dikalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer atau PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek.. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.

    Kesimpulannya, PPBK ialah perisian yang bercirikan pendidikan yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalas darinya. Apabila cara pendidikan yang konvensional diganti dengan cara yang lebih moden, seperti PPBK ini, semestinya ia haruslah dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan produktif.

PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BANTUAN KOMPUTER

      PPBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian PPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yang dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran.

         Antaranya ciri-ciri perisian yang baik adalah seperti mesra-pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum-balas kepada pengguna, kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar-benar tercapai, tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan.

              Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilah tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaik-baiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya. Butang-butang navigasi yang digunakan melancarkan rekabentuk antaramuka perisian

HASIL PEMBELAJARAN
Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara atas talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
Membina tapak pembelajaran yang mudah.
Mengedit bahan pengajaran secara atas talian.
Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.


SINOPSIS KURSUS
Kursus ini menjelaskan penggunaan enjin pencari bahan Bahasa Melayu, aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet, pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran, pembinaan dan penggunaan tapak dan laman web, pengaplikasian struktur perpautan, pengaplikasian model pemprosesan maklumat, pengajaran bahasa secara atas talian, pengajaran dan pembelajaran secara bilik maya dan sidang video, pengarangan alat pengarangan, mereka cipta animasi, bengkel penggunaan cakera padat, dan seminar dan pameran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Minggu 1
Tema : Bersih dan Sihat
Tajuk : Buah- buahan tempatan
KSSR : Tahun 1

Minggu 1: Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.1.1 Menggunakan laman web.

Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Contoh alamat pembekal maklumat internet:

www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
www.yahoo.com.my
www.google.com

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan http://www.youtube.com/
Lihat contoh di bawah.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan

Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.

Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.

Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.

Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “buah” + “Jalan tempatan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.

Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “Buah-buahan tempatan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.

Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.

Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.


Contoh alamat Internet :
Buah :http://ms.wikipedia.org/wiki/Buah

Buah tempatan :http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_buah

Buah rambutan :http://ms.wikipedia.org/wiki/Rambutan
Pulasan :http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulasan

Buah-buahan tempatan di Malaysia
http://teknologipertanian.com/2010/06/21/buah-buahan-di-malaysia/

Betik :http://ms.wikipedia.org/wiki/Betik
Jambu air :http://ms.wikipedia.org/wiki/Jambu_air
Tembikai :http://ms.wikipedia.org/wiki/Tembikai

Khasiat buah-buahan tempatan :http://zikrihusaini.com/khasiat-buah-buahan-tempatan/

1.3.2 Katalog Alamat Internet.

Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.

Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
URL
Sinopsis

Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.

Katalog Alamat Internet

Tajuk : Buah-buahan tempatan
URL : http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_buah
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Wikipedia ini mengenai peribahasa Melayu yang di memaparkan pelbagai jenis buah- buahan.
Tajuk: Buah-buahan tempatan di Malaysia
URL : http://teknologipertanian.com/2010/06/21/buah-buahan-di-malaysia/
Sinopsis
Laman sesawang yang memuatkan segala maklumat mengenai buah-buahan tempatan di Malaysia. Laman ini dikeluarkan oleh laman sesawang teknologi pertanian Malaysia yang menyenaraikan pelbagai jenis buah-buahan tempatan di Malaysia.


Tajuk : Buah Jambu batu
URL : http://ms.wikipedia.org/wiki/Jambu_Batu
Sinopsis
Laman sesawang mengenai Latar belakang Jambu batu yang dikeluarkan oleh laman sesawang Wikipedia.


Tajuk : buah-buahan tempatan
URL : http://www.kelantan.gov.my/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=126&Itemid=165
Sinopsis
Laman sesawang mengenai buah-buahan yang biasa ditanam di Malaysia. Laman sesawang di sediakan oleh portal rasmi kerajaan negeri Kelantan.
Tajuk
Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
URL
http://www.ppk.smkdpk.com/
Sinopsis
Laman sesawang yang memuatkan segala maklumat mengenai Pusat Perkembangan Kurikulum. Laman ini juga ada menyediakan kemudahan memuat turun sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran.

Tajuk
Pusat Perkembangan Kurikulum
URL
http://www.moe.gov.my/bpk/
Sinopsis
Laman ini memuatkan pelbagai maklumat yang boleh di dapati seperti huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran.

Tajuk
Ayat Inti
URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ainti.htm
Sinopsis
Laman sesawang mengenai ayat inti contoh dan penggunaan yang betul.

Minggu 2
MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

Apa itu ‘Enjin Pencari’?\

Merupakan softwawre yang digunakan untuk mencari maklumat.
‘Enjin pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.

Tujuan dan Jenis Enjin Pencari.

› Tujuan (konteks pendidikan)
v Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
v Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.

 Jenis ‘enjin pencari’
 www.google.com
 www.yahoo.com
 www.teoma.com

Dimanakah enjin pencari dapat dilihat:
tempat enjin pencari dapat dilihat ialah seperti di bawah,
Contoh 1:






Contoh 2:






Cara Mengkategorikan Maklumat:
Video
Gambar
Ruangan
Lagu
Multi
Permainan
Perniagaan


Bagaimana mendapat maklumat di internet?
1. Mengenalpasti tajuk.
2. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
3. Memilih enjin pencarian yang tepat.
4. Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)
5. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.


CONTOH PENGAJARAN
Tema Hidup Bahagia
LATIHAN BERTUTUR
LAKONKAN KEMBALI WATAK DI DALAM VIDEO

Penerangan
Langkah pertama : Guru menayangkan video menggunakan LCD. Setelah itu, guru bersoal jawab dengan murid tentang isi video yang telah ditayangkan.


( rujuk video)


http://www.youtube.com/watch?v=7mWoN1WkUT4





Langkah dua:
Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan kecil dan meminta mereka melakonkan kembali adegan – adegan yang terkandung dalam video tersebut.

Langkah tiga:
Setelah sepuluh minit, guru meminta setiap kumpulan mempersembahkan lakonan masing – masing di hadapan kelas.
Langkah empat:
Guru menerangkan nilai – nilai murni yang terkandung dalam lakonan yang dipersembahkan oleh murid- murid.


Antara nilai – nilai murni yang terkandung dalam lakonan tersebut ialah:
1. Jalinkan persahabatan
2. tolong – menolong
Langkah lima:
Guru menutup sesi p&p dengan memberi pujian ke atas lakonan anak didiknya.


Kemahiran bertutur diselitkan sewaktu guru meminta murid melakonkan kembali babak dalam video yang telah ditayangkan di hadapan kelas. Semua murid berkomunikasi dan menyampaikan maksud kata antara satu sama lain. Kesimpulannya, teknik lakonan antara teknik pembelajaran yang sesuai dilaksanakan bagi kemahiran bertutur.


Minggu 3

APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
Pengenalan
Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul iaitu sebagai panduan. Antara isu yang membabitkan etika penggunaan internet dalam era maklumat adalah hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian. Sebagai pengguna internet yang bijak, kita harus menggunakan internet dengan berlandaskan garis pandua dan etika yang betul.

ETIKA KOMPUTER
ü Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
ü Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat

MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
·         Penggertak
·         Penyalahgunaan internet
·         Virus
·         Hak cipta
·         Perisian cetak Rompak
·         Penggertak:
·         Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
ý  Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuankemusnahan

Penyalahgunaan internet
ý  Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

Virus:
ý  Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian komputer.

Hak cipta terpelihara
ý  Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu
Perisian cetak rompak:
Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual
PRINSIP ETIKA KOMPUTER
• Keseimbangan
• keizinan temaklum
• keadilan
• Meminimum-kan risiko

Panduan Kepada Pengguna Komputer Adalah Seperti Berikut:

1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.



1. Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
Muat turun 1 . Rujukan :
Etika Profesional Teknologi Maklumat



Muat turun 2. Rujukan :

Etika Penggunaan Internet




2. Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk Brosur dan Power Point



Brosur


Langkah 1 :Tekan menu “start” pada destop




Langkah 2 : Pilih “All Programs" dan kemudian pilih kekunci “Microsoft Office”. Pilih “Microsoft Office Publisher"




Langkah 3 : Setelah paparan Microsoft Publisher keluar, pilih jenis templat yang sesuai.





Langkah 4 : Pilih template yang sesuai.





Langkah 5 : Edit templat dengan kesesuaian bahan dan masukkan isi ke dalam bahagian yang disediakan.





Langkah 6 :Brosur siap






Minggu 4
Minggu 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU



qInternet mempunyai kesan yang positif dan negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran,

qPengguna perlu melakukan penilaian dan pemilihan terhadap bahan-bahan yang ingin digunakan malah langkah penyesuaian juga perlu jika sesuatu bahan sumber maklumat itu mengandungi gabungan unsur yang sesuai dan yang tidak sesuai.

q Sebelum mendapatkan bahan di internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.



I.Kemahiran berbahasa
II.Kemahiran Bernilai Tambah
III.Kemahiran TMK
IV.Kemahiran Berfikir
V.Kemahiran masa Depan
VI.Kemahiran Kontekstual
VII.Kemahiran Belajar Cara Belajar

FAKTOR PEMILIHAN BAHAN INTERNET
Sumber
• Jumlah bahan sumber yang terlalu banyak
Bebas
• Kebebasan menerbitkan bahan sumber di internet
Kesahan
• Bahan tidak memerlukan pengesahan


                                   




KEPENTINGAN SELEPAS MEMILIH BAHAN INTERNET
            Guru perlu mengambil beberapa langkah yang penting sebelum mengambil bahan untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.



i. URL
• Guru perlu mendapatkan URL bahan supaya mudah mendapatkan sumber rujukan bahan.



ii. Isi
• Menentukan kewajaran dan kesahan isi bahan yang didapatkan sebelum digunakan.



iii. Semak
• Guru meyemak ejaan dan kesalahan yang perlu dibetulkan.


BAHAN INTERNET UNTUK P&P BAHASA MELAYU INI SERING DIPILIH BAGI PEMILIHAN SEPERTI BERIKUT:
•      Bahan sastera
•      Bahan tatabahasa
•      Bahan bidang ilmu lain



BAHAN SASTERA
q  Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

q  Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka.

q  Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.

UNSUR-UNSUR YANG TERDAPAT DALAM KESUSTERAAN IALAH SEPERTI:





BAHAN TATABAHASA
q  Bahan tatabahasa sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran.
q Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini.
q  Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.

JENIS-JENIS BAHAN TATABAHASA

i. Kata Nama

ii. Kata Kerja
iv. Kata Sendi Nama
v. Peribahasa
vi. Simpulan Bahasa



BAHAN BIDANG ILMU LAIN
•      Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain.

•      Pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.





CONTOH FAIL KATALOG INTERNET BAHAN SASTERA

TAJUK
Pantun Melayu
URL
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-18.htm
SINOPSIS
Pantun ini menceritakan tentang amalan-amalan orang Melayu

TAJUK
Gurindam
URL
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-9.htm
SINOPSIS
Gurindam ini mengisahkan tentang Sirih Puan Cerana Kayu

TAJUK
Gurindam
URL
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-7.htm
SINOPSIS
Gurindam ini mengisahkan tentang Narwastu Bunga Cengkih

TAJUK
Gurindam
URL
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-3.htm
SINOPSIS
Gurindam yang mengisahkan tentang Sejati Kasih Sejunjung Sirih

TAJUK
Gurindam
URL
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-4.htm
SINOPSIS
Sebuah gurindam yang mengaitkan tentang Ulit Mayang

TAJUK
Sanggar Pantun
URL
http://www.pantun.net/sanggar/archives/14
SINOPSIS
Sanggar pantun ini mengisahkan tentang pengorbanan pejuang yang menyisip keris ke medan juang.

TAJUK
Sanggar Pantun
URL
http://www.pantun.net/sanggar/archives/15
SINOPSIS
Pantun yang mengisahkan tentang seorang kekasih yang mempunyai harapan yang tinggi.

TAJUK
Sanggar Pantun
URL
http://www.pantun.net/sanggar/archives/9
SINOPSIS
Pantun yang mengisahkan seorang kekasih yang berpesan agar jangan ditinggalkan salam terakhir buatnya.

TAJUK
Seloka
URL
http://klasik.blogmas.com/category/puisi-klasik/seloka/
SINOPSIS
Seloka yang mengisahkan tentang Pak Pandir

TAJUK
Ceritera
URL
http://klasik.blogmas.com/2007/11/15/hikayat-bayan-budiman /
SINOPSIS
Ceritera yang mengisahkan tentang Hikayat Bayan Budiman

TAJUK
Mantera
URL
http://klasik.blogmas.com/category/mantera/
SINOPSIS
Mantera tentang Memanggil Jembalang Tanah

TAJUK
Lagu Klasik
URL
http://klasik.blogmas.com/category/lagu-klasik/
SINOPSIS
Lagu yang bertajuk Malam Dipagar Bintang. Lagu ini mengisahkan seorang yang menhayati keindahan alam maya.

TAJUK
Peribahasa lama
URL
http://klasik.blogmas.com/category/lagu-klasik/
SINOPSIS
Peribahasa yang bertajuk Lesung Mencari Alu.peribahsa ini membawa maksud perempuan mencari lelaki.

TAJUK
Bahasa Berirama
URL
http://klasik.blogmas.com/category/puisi-klasik/bahasa-berirama/
SINOPSIS
Bahasa berirama jenis runs ini digunakan dalam hikayat lama untuk menggambarkan kesetiaan rakyat kepada raja atau pemerintah.

TAJUK
Pantun
URL
http://klasik.blogmas.com/category/puisi-klasik/pantun/
SINOPSIS
Pantun ini merupakan pantun budi.




FAIL KATALOG INTERNET BAHAN TATABAHASA
TAJUK
Tatabahasa
URL
http://www.tutor.com.my/stpm/kata_seru/kata_kata_seru.htm
SINOPSIS
Artikel ini menerangkan tentang kata seru

TAJUK
Tatabahasa
URL
http://www.tutor.com.my/stpm/kata_penguat/kata_penguat.htm
SINOPSIS
Artikel ini menerangkan tentang kata penguat

TAJUK
Tatabahasa
URL
http://www.tutor.com.my/stpm/frasa%20kerja/frasa_kerja.htm
SINOPSIS
Artikel ini menerangkan tentang frasa kerja

TAJUK
Tatabahasa
URL
http://cempaka.edu.my:8866/blog/1terra/wp-content/uploads/lat-tatabahasa-1.pdf
SINOPSIS
Laman ini menyediakan latihan tatabahasa

TAJUK
Tatabahasa
URL
http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/sal_6/latihan1.htm
SINOPSIS
Laman ini menyediakan kuiz tatabahasa





TAJUK
Tatabahasa
URL
http://www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian_04.asp?h=40206&e=UPSR&s=BM&ft=LK&t=2
SINOPSIS
Laman ini menyediakan latihan pengukuhan tatabahasa

TAJUK
Tatabahasa
URL
http://www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian_04.asp?h=40206&e=UPSR&s=BM&ft=FTB&t=2
SINOPSIS
Laman ini menyediakan latihan pengukuhan tatabahasa

TAJUK
Tatabahasa
URL
http://www.tutor.com.my/stpm/morfem/tatabahasa-morfem.htm
SINOPSIS
Artikel ini menerangkan tentang konsep tatabahasa.

TAJUK
Tatabahasa
URL
http://members.tripod.com/upsrbm/sbb.htm
SINOPSIS
Laman yang menyenaraikan beberapa simpulan bahasa.

TAJUK
Tatabahasa
URL
http://members.tripod.com/upsrbm/sblat1.htm
SINOPSIS
Laman yang menyediakan latihan untuk simpulan bahasa

TAJUK
Tatabahasa
URL
http://upsrbm.tripod.com/bk.htm
SINOPSIS
Laman yang menyenaraikan beberapa bahasa kiasan









FAIL KATALOG INTERNET BAHAN BIDANG LAIN
TAJUK
Gambar
URL
http://www.flickr.com/photos/79497918@N00/239071646/
SINOPSIS
Gambar ini menunjukkan keindahan sungai yang tenang.

TAJUK
Permainan tradisional
URL
http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak
SINOPSIS
Artikel ini menerangkan tentang permainan congkak.

TAJUK
Lagu kanak-kanak
URL
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rangkai-rangkai_periuk
SINOPSIS
Lagu ini bertajuk rangkai-rangkai periuk

TAJUK
Sawah padi
URL
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/c/c3/Hinohikari.jpg
SINOPSIS
Gambar ini menunjukkan suasana sawah padi yang sedang ditiup angin

TAJUK
Cerita dongeng
URL
http://ms.wikipedia.org/wiki/Si_Tanggang
SINOPSIS
Cerita yang mengisahkan Si Tanggang yang derhaka kepada ibunya.

TAJUK
Cerita sastera
URL
http://ms.wikipedia.org/wiki/Puteri_Gunung_Ledang
SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan Puteri Gunung Ledang yang dikatakan amat cantik.

TAJUK
Gambar
URL
http://www.flickr.com/photos/dickelubis/2515549855/
SINOPSIS
Gambar ini menunjukkan dua ekor ikan yang sedang berenang di dalam akuarium.

TAJUK
Wau bulan
URL
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wau_bulan
SINOPSIS
Artikel ini mengenai ciri, sejarah dan lambang yang terdapat pada wau bulan.

TAJUK
Gambar
URL
http://www.flickr.com/photos/rahimahjalil/2092804858/
SINOPSIS
Gambar yang menunjukkan seekor rama-rama yang sedang menghisap madu pada sekuntum bunga.

TAJUK
Gambar
URL
http://www.protectormedan.com/UserFiles/semut1.jpg
SINOPSIS
Gambar menunjukkan seekor semut yang sedang mencari makanannya.

TAJUK
Perayaan
URL
http://travel.tourism.gov.my/my/events/festivals.asp
SINOPSIS
Jadual yang menghuraikan tentang jenis-jenis perayaan yang terdapat di Malaysia.

TAJUK
Tempat pelancongan
URL
http://travel.tourism.gov.my/my/destinations/state.asp?state=kelantan
SINOPSIS
Artikel yang menunjukkan risalah negeri Kelantan yang merupakan tempat bermula budaya Melayu.

TAJUK
Budaya dan warisan
URL
http://travel.tourism.gov.my/my/about/culture.asp
SINOPSIS
Artikel yang menerangkan jenis-jenis budaya dan warisan yang diamalkan mengikut kaum yang terdapat di Malaysia.

TAJUK
Destinasi pelancongan
URL
http://travel.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=klcc
SINOPSIS
Artikel ini menggambarkan keadaan menara berkembar yang indah dan menjadi mercu tanda Malaysia.

TAJUK
Tempat pelancongan
URL
http://travel.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=sepilok
SINOPSIS
Artikel menerangkan tentang pusat perlindungan orang utan Sepilok, Sabah.